Utusan Borneo (Sarawak)

PH Sarawak mengalu-alukan PPBM masuk ke Sarawak

-

MIRI: Hasrat Parti Pribumi Bersatu Malaysia ( PPBM) mahu melebarkan sayapnya ke negeri ini amat dialu-alukan.

Setiausaha Pakatan Harapan (PH) Sarawak Alan Ling berkata tiada halangan bagi PH Sarawak untuk membuka pintu kepada PPBM apatah lagi parti itu merupakan salah sebuah parti tulang belakang PH peringkat pusat di samping PKR, DAP dan AMANAH.

Menurutnya, ia adalah logik parti itu mengembang­kan sayapnya ke Sarawak dan merupakan proses normal bagi mana-mana parti politik dengan visi bergerak maju dan mencapai matlamatny­a bagi menjangkau rakyat ke peringkat akar umbi selaras dengan perjuangan membangunk­an rakyat.

“Daripada aspek politik, mereka wajar masuk ke negeri ini sama seperti DAP berkembang ke Sarawak 40 tahun lalu dan PKR pada awal 2000, malah AMANAH agak baharu sudah mempunyai cabang dan ahlinya di sini,” katanya diminta mengulas mengenai hasrat PPBM mengembang­kan sayapnya ke Sarawak.

Setiausaha DAP Sarawak itu berkata kemasukan PPBM ke negeri ini menguatkan kedudukan PH dalam usaha menawan Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan pada 2021 nanti.

Katanya, rakyat negeri ini harus melihat kemasukan PPBM daripada perspektif positif dan menangani perkembang­an baharu yang dapat mengubah landskap politik Sarawak dengan kematangan politik dan demi kepentinga­n rakyat negeri ini.

“PPBM bukan UMNO, ia ditubuhkan untuk ‘memerangi’ UMNO dengan sokongan rakyat dan gabungan kekuatan politik setiap parti komponen PH seperti PKR, DAP dan AMANAH, PH dapat membentuk kerajaan persekutua­n pada 9 Mei lalu,” katanya.

Alan menjelaska­n bahawa kemenangan PH disumbangk­an pelbagai faktor selain skandal-skandal pemimpin tertinggi UMNO tetapi salah satu faktor penentu utama tidak boleh disangkal adalah langkah berani diambil PH (PKR, DAP dan AMANAH) menerima masuk PPBM bersama pemimpinny­a, Tun Dr Mahathir ke arah membentuk kerajaan baharu.

Beliau berkata, pengorbana­n pemimpin- pemimpin PH seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Mohamad Sabu tidak boleh dilupakan tetapi langkah diambil Tun Dr Mahathir dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalk­an UNMO dan mewujudkan parti baharu seterusnya bergabung dengan bekas ‘musuh politik’ mereka dengan matlamat menjatuhka­n Barisan Nasional (BN) adalah satu tindakan cukup berani.

“Ia adalah satu risiko politik ke atas maruah seseorang pemimpin tetapi mereka bertekad meneruskan­nya dengan PH demi kebaikan rakyat dan generasi akan datang.

“Justeru, dengan perkembang­an dan kemajuan teknologi hari ini, rakyat cepat menerima berita hasrat PPBM dan beliau menjangkak­an tiada bantahan rakyat Sarawak sebaliknya mungkin berasa bimbang ialah PBB, parti tulang belakang pemerintah­an di Sarawak,” jelasnya.

Alan, 35, seorang peguam dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Piasau masih aktif turun padang dan bekerja keras di samping PKR bagi memastikan kemenangan calon parti itu dan PH, Dr Michael Teo demi memastikan kemenangan­nya.

Kini, PH sudah boleh berbangga di Miri dengan kemenangan Dr Teo dan Alan berazam membantu Ahli Parlimen itu mengutarak­an dan menyelesai­kan beberapa masalah dihadapi rakyat di sini.

“Dengan kerajaan PH baharu di Putrajaya, saya membawa beberapa masalah rakyat di sini kepada kerajaan pusat, antaranya isu berkaitan Institut Pendidikan Guru (IPG) Sarawak di Miri dan IPG Rajang di Bintangor yang berjaya menarik perhatian Kementeria­n Pendidikan untuk mengekalka­n fungsi dan peranannya di samping isu bekalan bahan api ke sekolahsek­olah di luar bandar negeri ini,” katanya.

Selain itu, ramai penduduk di sini bimbang masalah kewarganeg­araan atau permohonan mendapatka­n kad pengenalan bagi penduduk asal negeri ini terutama dari luar bandar.

Justeru, Alan berharap dapat membantu mereka menerusi Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) apabila terdapat satu jawatankua­sa ditubuhkan nanti dengan garis panduan yang lebih jelas.

 ??  ?? ALAN
ALAN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia