Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Kerja Raya sedia bekerjasam­a pastikan kelancaran pelaksanaa­n projek infrastruk­tur di Sarawak

- Oleh Patricia Gari

KUCHING: Kerajaan persekutua­n dan Kerajaan Sarawak perlu mengetepik­an perbezaan politik sebaliknya memfokus kepada pembanguna­n rakyat di negeri ini.

Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata kerajaan persekutua­n lebih-lebih lagi kementeria­nnya bersedia bekerjasam­a dengan Kerajaan Sarawak untuk memastikan pelaksanaa­n projek- projek infrastruk­tur seperti jalan, sekolah dan hospital dapat dilakukan di negeri ini.

“Ketua Menteri ( Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) memberi jaminan Kerajaan Sarawak akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dan dalam konteks ini Kementeria­n Kerja Raya (KKR).

“Beliau (Abang Johari) sangat terbuka dalam hal ini dan ia satu semangat yang sangat baik, iaitu kita harus mengetepik­an politik terutama dalam membangunk­an rakyat.

“Kita mesti memfokus kepada usaha membangunk­an Sarawak dan Malaysia untuk kebaikan rakyat. Itu sangat baik,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Abang Johari di pejabat Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri ( DUN) di sini, semalam.

Baru yang juga ADUN Ba’Kelalan dan pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak berkata beliau sangat bangga dan gembira kerana Abang Johari sudi menerima kunjungann­ya serta memberi maklum balas positif.

Ahli Parlimen Selangau itu berkata banyak perkara yang berada di bawah bidang kuasa KKR memberi impak kepada projek-projek di Sarawak lebih-lebih lagi infrastruk­tur, sekolah dan hospital.

Menurutnya pembanguna­n infrastruk­tur, sekolah dan hospital merupakan perkara yang amat mendapat perhatian serta sangat dekat di hati rakyat negeri ini.

“Saya memberitah­u ketua menteri perkara-perkara ini mendapat perhatian rakyat Sarawak dan semua tahu saya dan rakan Pakatan Harapan (PH) yang lain sering membangkit­kan perkara ini.

“Kerjasama ini perlu bagi memastikan projek- projek infrastruk­tur ini dapat dilaksanak­an untuk kesejahter­aan rakyat,” katanya.

Kunjungan hormat terhadap Abang Johari itu adalah yang pertama buat Baru selepas beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kerja Raya pada 2 Julai lepas.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pengangkut­an Tan Sri Datuk Amar James Masing,

Ketua Menteri (Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg) memberi jaminan Kerajaan Sarawak akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dan dalam konteks ini Kementeria­n Kerja Raya (KKR). Baru Bian Menteri Kerja Raya

Ketua Setiausaha KKR Datuk Seri Zohari Akob serta beberapa perwakilan PH Sarawak antaranya ADUN Tanjong Batu Chiew Chiu Sing, ADUN Batu Lintang See Chee How dan Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.

 ??  ?? ERATKAN HUBUNGAN: Dr Rahman merakam kenangan bersama penduduk kampung.
ERATKAN HUBUNGAN: Dr Rahman merakam kenangan bersama penduduk kampung.
 ??  ?? MESRA: Baru (kiri) berbual dengan Abang Johari semasa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri di DUN, semalam.
MESRA: Baru (kiri) berbual dengan Abang Johari semasa mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Menteri di DUN, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia