Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan perayaan elemen penting pupuk perpaduan: Abdul Rahman

-

KUCHING: Sambutan hari perayaan merupakan elemen penting dalam memupuk perpaduan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini.

Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi berkata di samping mengeratka­n perpaduan, sambutan perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri juga adalah jalan terbaik untuk memperting­katkan perpaduan yang telah terjalin sejak dulu lagi.

“Perpaduan adalah kunci utama sesebuah kemakmuran dan kesejahter­aan negara, negeri mahupun peringkat kampung.

“Kita bimbang sekiranya kampung mahupun negeri dan negara tidak mengamalka­n perpaduan yg baik, maka elemen-elemen yang ingin memecahbel­ahkan masyarakat kita akan masuk dengan mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Ma- jlis Ramah-Tamah Aidilfitri Kampung Rampangi Fasa 1 anjuran PBB Ranting, KRT, SABERKAS, KJM dan Masjid Darussalam Kampung Rampangi Fasa 1 dengan kerjasama Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Zon Santubong di sini malam kelmarin.

Dr Rahman menambah, kepimpinan kampung dan masyarakat harus peka dengan keadaan sebegini.

Katanya adalah amat pent- ing bagi kepimpinan di kampung memastikan anak-anak buah mereka hidup dalam perpaduan yang harmoni.

“Parti kita masih memimpin Kerajaan Sarawak kerana perpaduan yang jitu telah ditunjukka­n oleh masyarakat kita,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) itu.

Tambahnya, untuk itu pemerintah­an sekarang perlu terus memimpin negeri berteraska­n perpaduan pelbagai bangsa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia