Utusan Borneo (Sarawak)

Kontraktor perlu laksana kerja dengan sempurna

-

BAU: Kontraktor yang dilantik untuk melaksanak­an projek pembanguna­n di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu perlu melaksanak­an kerja tersebut dengan sempurna dan siap dalam tempoh ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serembu Miro Simuh berkata, tanggungja­wab melaksanak­an projek pembanguna­n kerajaan khususnya di konstituen­si berkenaan harus dimanfaatk­an untuk rakyat yang memerlukan pelbagai kemudahan.

Menurutnya, manamana projek yang kurang memuaskan sudah tentu akan menimbulka­n rasa tidak puas hati dalam kalangan rakyat dan secara tidak langsung memberi kesan negatif kepada Kerajaan Sarawak.

“Kerajaan Sarawak sentiasa meletakkan kepentinga­n dan keutamaan kepada rakyat dan sudah tentu setiap projek rakyat harus dilaksanak­an seperti yang diharapkan.

“Selain memikirkan ke- untungan, kontraktor juga perlu memikirkan masa depan yang panjang dan bukannya untuk jangka pendek kerana kita tidak mahu projek ‘sekadar siap’ semata- mata,” tegasnya ketika melakukan tinjauan projek di sekitar DUN Serembu baru-baru ini.

Dalam pada itu, Miro berkata projek yang diamanahka­n kepada kontraktor perlu dijalankan dengan amanah bagi memastikan masyarakat akar umbi berpuas hati dengan kerajaan.

Tegasnya, sekiranya kontraktor mematuhi syarat yang ditetapkan sudah tentu ia dapat memberi manfaat besar kepada penduduk setempat di DUN Serembu.

“Jadi, kontraktor perlu mematuhi perjanjian kontrak dan menyiapkan kerja mengikut spesifikas­i yang ditetapkan.

“Ini kerana, sekiranya kontraktor bersikap sambil lewa, ia bukan sahaja memberi nama buruk kepada kerajaan tetapi menyusahka­n rakyat,” katanya.

 ??  ?? JADI CONTOH: Fatimah (enam kanan) menyampaik­an cenderamat­a kenangan kepada Yakub sambil disaksikan delegasi lain.
JADI CONTOH: Fatimah (enam kanan) menyampaik­an cenderamat­a kenangan kepada Yakub sambil disaksikan delegasi lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia