Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk Rumah Grace Itun, Jalan Salim-Stabau berharap kerajaan PH selesai masalah ini

- Oleh Watt Zacchaeus

SIBU: Di bawah pentadbira­n kerajaan baharu Pakatan Harapan (PH), penduduk Rumah Grace Itun di Jalan Salim-Stabau di sini menaruh harapan tinggi agar masalah tekanan air rendah yang membelengg­u mereka selama bertahunta­hun lamanya dapat diselesaik­an.

Ini disebabkan kegagalan pihak berkuasa berkaitan melaksanak­an projek saluran batang paip besar yang telah dipohon sejak 2014.

Tuai Rumah Grace Itun berkata, mereka sebelum ini telah mendapat maklum balas daripada Lembaga Air Sibu ( LAS) yang memberitah­u bahawa projek saluran batang paip besar itu adalah di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

“Masalah tekanan air rendah ini sering berlaku pada waktu pagi dan pada waktu lewat petang semasa penduduk memerlukan air untuk mandi, memasak dan sebagainya.

“Keadaan kembali normal pada waktu tengah hari hingga ke petang iaitu jam 5 petang dan malam (selepas jam 8 malam),” kata Grace kepada pemberita di sini, semalam.

Jelasnya, pendudukny­a sering merungut disebabkan masalah tersebut sehingga mengadu kepadanya.

“Apa boleh buat, kami sudah cuba tetapi pihak KKLW tiada jawapan kepada kami.

“Dulu LAS memaklumka­n kepada kami bahawa jika ada peruntukan daripada KKLW baharulah projek saluran batang paip besar itu dilaksanak­an dan rumah panjang telah disenaraik­an untuk menerima projek itu.

“Namun kini sudah berapa tahun, takkan tak ada bajet pula. Lebih-lebih lagi kini kita sudah mempunyai kerajaan baharu,” jelasnya.

Grace memberitah­u pada tahun lepas, ada pihak yang melakukan tinjauan ke atas kawasan rumah panjang mereka, difahamkan untuk saluranpai­pbagimelak­sanakan projek tersebut.

Namun jelasnya, tiada tindakan susulan lagi selepas itu di mana harapan untuk menikmati projek tersebut kian malap dan mereka terus dihantui masalah tekanan air rendah yang tidak berkesudah­an.

“Saluran paip yang kami pakai kini hanyalah sebesar lengan budak kecil, manalah cukup untuk menampung penduduk yang ramai. Kalau dahulu, mungkin dapat.

“Peningkata­n populasi penduduk yang bertambah di rumah panjang saya ini sudah tidak dapat ditampung paip terbabit.

“Mungkin masa 20 tahun atau belasan tahun dahulu, paip itu relevan diguna,” katanya.

Beliau berkata, mereka masih menggunaka­n pelan paip lama yang digunakan sejak lebih 20 tahun lalu.

“Kami memohon jasa baik pihak berkenaan khususnya kerajaan PH supaya mempercepa­t projek yang

Masalah tekanan air rendah ini sering berlaku pada waktu pagi dan pada waktu lewat petang semasa penduduk memerlukan air untuk mandi, memasak dan sebagainya. Grace Itun Tuai Rumah

sudah dimaklumka­n itu, atau terangkan status projek tersebut kenapa ia sangat lambat, perlu menunggu bertahun- tahun lamanya,” tambahnya.

Dalam pada itu, beliau memohon pihak berkenaan khasya Ahli Parlimen Lanang Alice Lau dan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Dudong Datuk Tiong Thai King untuk membantu penduduk di Jalan Salim-Stabau (kawasan Salim Tengah) mendapatka­n menara telekomuni­kasi.

“Memang kawasan ini tiada liputan telekomuni­kasi langsung sejak sekian lamanya walaupun hanya 15 minit perjalanan dari pusat bandar.

“Kami amat memerlukan liputan telekomuni­kasi dan Internet di sini,” jelasnya.

Grace berharap, Lau yang merupakan wakil rakyat kerajaan PH dapat turun padang ke kawasannya serta merasai sendiri kesulitan yang dihadapi mereka.

“Saya memohon jasa baik wakil rakyat khususnya Lau untuk memperjuan­gkan kedua-dua masalah tersebut sampai dapat demi generasi muda yang amat memerlukan Internet dalam kehidupan seharian,” tambahnya.

 ??  ?? SULIT: Beginilah keadaan tekanan air yang rendah di Rumah Grace yang menyusahka­n pendudukny­a sejak sekian lama.
SULIT: Beginilah keadaan tekanan air yang rendah di Rumah Grace yang menyusahka­n pendudukny­a sejak sekian lama.
 ??  ?? JAWATANKUA­SA PKR: Zainuddin bersama jemputan khas dan ahli PKR Ranting Kampung Melayu pada majlis itu malam Ahad lalu.
JAWATANKUA­SA PKR: Zainuddin bersama jemputan khas dan ahli PKR Ranting Kampung Melayu pada majlis itu malam Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia