Utusan Borneo (Sarawak)

SeDidik perluas perkhidmat­an dengan kelas fardu ain

-

MIRI: SeDidik memperluas perkhidmat­annya dengan mengadakan kelas bimbingan asas fardu ain khusus untuk kanak-kanak Islam.

Pengurus Besar SeDidik Nor Ashikin Abdul Rahman berkata, kelas bimbingan itu bermula sejak 2012 dengan pembukaan satu pusat sahaja di sini.

Namun atas keperluan permintaan serta rasa tanggungja­wab, SeDidik telah memperluas­kannya kepada 10 kelas bimbingan di Miri.

“K e l a s b i m b i n g a n i ni dikendalik­an di bawah program sebagai perkhidmat­an tambahan SeDidik kepada kanak-kanak dan ibu bapa di semua pusat SeDidik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Program Kelas Bimbingan Asas Fardu Ain Sedidik sempena Program Bicara Ilmu Sedidik 2018 bersama Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

Menurutnya, program tambahan itu adalah untuk mendidik, mengasuh kanakkanak berusia empat hingga enam tahun mempelajar­i dan mengamalka­n ajaran Islam.

Pengisian kokurikulu­m berasaskan Kokurikulu­m Standard Prasekolah Kebangsaan ( KSPK) dan program tambah nilai SeDidik.

“Kanak- kanak ini akan diajar mengenai surahsurah lazim, mengaji (Iqra), praktikal solat dan tulisan jawi,” jelasnya.

Sepuluh tadika Sedidik yang turut serta dalam program ini termasuk SeDidik Perdana Miri, Perdana Hospital Miri, Perdana Limbang, Perdana Lawas dan Mutiara Kampung Luak.

Selain itu, turut serta tadika SeDidik Mutiara Lembah Hijau, Mutiara Pujut Tanjung Batu, Mutiara Pujut Adong, Mutiara Pengkalan Lutong dan Mutiara Tunku Abdul Rahman Lambir.

Mengulas mengenai program bicara ilmu Nor Ashikin berkata, ia adalah usaha menjadikan Islam sebagai panduan hidup dengan kupasan daripada penceramah jemputan akan menjadi teladan dan pengajaran kepada umat Islam.

Hadir sama ialah Pengerusi Jawatankua­sa Masjid Darul Istiqamah Kampung Luak Shaikh Naeemmuddi­n Shaik Aminullah dan penceramah bebas Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias.

 ??  ?? SELAMAT DATANG: Nor Ashikin (lima kanan) dan Shaik Naeemuddin (tiga kiri) mengalu-alukan kedatangan Ustaz Kazim sempena Program Bicara Ilmu SeDidik 2018.
SELAMAT DATANG: Nor Ashikin (lima kanan) dan Shaik Naeemuddin (tiga kiri) mengalu-alukan kedatangan Ustaz Kazim sempena Program Bicara Ilmu SeDidik 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia