Utusan Borneo (Sarawak)

PIBAKIS Miri anjur larian amal untuk kumpul dana

-

MIRI: Persatuan Ibu Bapa Kanak- Kanak Istimewa ( PIBAKIS) Miri akan menganjurk­an Larian Amal PIBAKIS pada 16 September di pusatnya di Lutong.

Presiden PIBAKIS Miri Chiam Yun Chaw b e r k a t a , l a r i a n i t u bertujuan mengumpul dana untuk membiayai kos penyelengg­araan selain memberi peluang kepada orang awam untuk mengenali lebih dekat PDK Miri.

“Sebelum ini, terdapat orang awam tidak tahu mengenai pusat ini termasuk lokasi dan peranannya. Justeru kami berharap aktiviti ini dapat meningkatk­an pengetahua­n orang awam di samping mengumpul derma.

“Kita berharap orang awam datang beramai-ramai dan menyertai larian ini bagi menjayakan larian tersebut,” katanya semasa sidang media di PDK Miri di Lutong semalam.

Hadir sama Penyelia Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) PIBAKIS Miri Chiong Bee Lan dan Tang Swee Ming daripada Persatuan Marathon Miri selaku penganjur bersama larian amal itu.

Larian itu terbuka kepada tujuh kategori iaitu 12KM Lelaki Terbuka/ Wanita Terbuka (13 tahun ke atas); 12KM Lelaki Veteran/Wanita Veteran (40 tahun ke atas), 4KM Keluarga KanakKanak Lelaki/Kanak-Kanak Perempuan ( dua peserta terdiri seorang kanak-kanak berusia antara 6-12 tahun) dan pengiring berusia 13 tahun ke atas dan 4KM Fun Run terbuka kepada sesiapa sahaja tanpa had umur.

Tempat pertama hingga kelima daripada setiap kategori kecuali 4KM Fun Run masingmasi­ng membawa pulang wang tunai RM300, RM200, RM100, RM80 dan RM50 berserta pingat.

Peserta yang membuat pendaftara­n dan pembayaran sehingga 30 Julai dikenakan yuran RM55 manakala selepas itu sehingga 12 Ogos RM65 seorang.

Manakala kategori kanakkanak dan keluarga RM100 dan pendaftara­n lambat ialah RM120.

Peserta bagi larian sejauh 12KM akan dilepaskan pada jam 6.15 pagi diikuti 6.30 pagi untuk larian jarak 4KM.

Pendaftara­n boleh dibuat di premis Share Tea, Pusat Komersial Boulevard, Juice Bar di Pusat Komersial Boulevard dan Pusat PIBAKIS atau menerusi dalam talian di http:// bulatanpar­krunnerscl­ub/ pibakisrun.

Tarikh tutup pendaftara­n ialah pada 12 Ogos.

 ??  ?? MARI SERTAI KAMI: Chiam (lima kanan), Tang (empat kiri), Chio (tiga kanan) dan yang lain menunjukka­n borang penyertaan Larian Amal PIBAKIS.
MARI SERTAI KAMI: Chiam (lima kanan), Tang (empat kiri), Chio (tiga kanan) dan yang lain menunjukka­n borang penyertaan Larian Amal PIBAKIS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia