Utusan Borneo (Sarawak)

Lebuh India bakal jadi pusat tarikan pada waktu malam

-

KUCHING: Lebuh India bakal menjadi pusat tarikan di bandar raya ini pada waktu malam dengan adanya pembinaan pancutan air berirama berdekatan Tebingan Kuching dan Jambatan Darul Hana tidak lama lagi.

Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata demikian selepas diminta komen kejayaan ‘Sarawak Culinary Adventure Celebratio­n of Food Art Crafts’, malam kelmarin (Ahad).

“Acara seperti i ni sepatutnya dijalankan secara kerap di Lebuh India untuk menampakka­n ia hidup walaupun pada waktu malam selepas kedai-kedai di sini tutup selepas waktu perniagaan pada waktu siangnya.

“Saya mahu melihat sesuatu seperti ini selalu di sini bukan hanya ‘Festival Mooncake’ di Carpenter Street setiap tahun,” katanya pada majlis penutup acara itu kelmarin.

Acara selama tiga hari itu menyaksika­n 50 gerai menyediaka­n pelbagai jenis makanan etnik dengan seni menonjolka­n produk makanan popular yang terdapat di Sarawak.

Hidangan etnik daripada masyarakat Kayan, Kenyah, Iban, Bidayuh, Melanau, Melayu, Kelabit dan Cina dapat dirasai oleh setiap lapisan masyarakat.

Pada masa yang sama turut ditampilka­n persembaha­n kebudayaan dan warisan daripada pelbagai masyarakat Sarawak dan kisah mitos legenda etnik seperti Bejawang (Iban) dan Opera Cina.

Pertunjuka­n lain termasuk sape, tarian buluh Melanau dan tarian India Dhol serta Bollywood.

KINO Heritage Live Kitchen menampilka­n bengkel dan demo percuma untuk pengun- jung sepanjang tiga malam untuk menikmati masakan warisan unik Sarawak.

Finalis Masterchef Asia 2015 Jasbir Kaur mempamerka­n kepakaran memasak fusion dengan sentuhan Sarawak seperti Punjabi Acar Terong Assam.

Beliau juga mengadakan pertanding­an chapati untuk pelawat.

Tahun ini, sebanyak 12 demo atau bengkel di bawah tema ‘Snacks Alive!’ diadakan untuk membuat linut, ketupat dan sebagainya.

Turut hadir Presiden Jawatankua­sa Warisan dan Seni Kuliner Sarawak Datin Dona Drury Wee, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n Lebuh India Datuk Wee Hong Seng, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Dr Sabariah Putit.

 ??  ?? KAYA MAKANAN: Karim melawat gerai-gerai yang terdapat di Lebuh India sambil diiringi Wee (dari kiri), Hii dan Dona.
KAYA MAKANAN: Karim melawat gerai-gerai yang terdapat di Lebuh India sambil diiringi Wee (dari kiri), Hii dan Dona.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia