Utusan Borneo (Sarawak)

KPDNKK Sibu periksa 118 premis sepanjang Jun

-

SIBU: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Cawangan Sibu telah memeriksa 118 premis di bahagian Sibu mulai 1 Jun hingga 30 Jun lalu serta mengeluark­an empat notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011.

Menurut Ketua Cawangan KPDNKK Sibu Roslee Maslie, pemeriksaa­n dijalankan bagi memastikan para operator mematuhi arahan pelaksanaa­n sifar Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) yang berkuat kuasa pada 1 Jun.

“Daripada 118 premis yang diperiksa di bahagian Sibu, empat notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 telah dikeluarka­n kerana harga (barangan) kekal sama selepas pelaksanaa­n sifar GST,” katanya, kelmarin.

Roslee mendedahka­n bahawa pemeriksaa­n ke atas 118 premis itu melibatkan 3,540 barang.

Beliau juga berkata, semua premis yang diperiksa telah menukar sistemnya kepada sifar GST daripada enam peratus sebelum ini.

Untuk memastikan peniaga mematuhi pelaksanaa­n GST sifar, pengguna dinasihati memeriksa resit pembelian untuk memastikan GST dalam nilai sifar.

Mengenai perkara lain Roslee berkata, tiada kes yang diterima untuk Skim Kawalan Harga Hari Raya Aidilfitri yang dilaksanak­an selama 15 hari.

Peniaga telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang penguatkua­saan skim kawalan harga musim perayaan mulai 8 hingga 22 Jun.

 ??  ?? PENERAJU: Barisan AJK PEMADAM bagi sesi 2018-2020 merakam kenangan bersama Ibrahim (duduk, tengah) selepas selesai mesyuarat.
PENERAJU: Barisan AJK PEMADAM bagi sesi 2018-2020 merakam kenangan bersama Ibrahim (duduk, tengah) selepas selesai mesyuarat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia