Utusan Borneo (Sarawak)

Penyertaan dibuka untuk Pertanding­an Betabuh-Ngajat BDCF 2018

-

SIBU: Orang ramai dipelawa untuk menyertai Pertanding­an Betabuh- Ngajat sempena Pesta Kebudayaan Dayak Borneo (BDCF) 2018 pada 20 Julai ini jam 7 malam di Pentas BDCF, Dataran Bandar Sibu Fasa I.

Pengerusi penganjur Jawi Anom berkata, pertanding­an ini terbuka kepada semua kategori umur tidak kira lelaki atau wanita.

“Kedua-dua pertanding­an ini dikehendak­i membentuk satu pasukan yang terdiri daripada lima orang di mana empat ‘betabuh’ manakala seorang lagi ‘ngajat’.

“Pertanding­an ini dijalankan serentak dan masa yang dihadkan hanya tiga minit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama ialah penasihat penganjur yang juga Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Dayak Sarawak ( SDNU) Sibu Chambai Lindong dan setiausaha penganjur Ambrose John.

Jawi berkata, semua peserta dalam pasukan dikehendak­i memakai pakaian tradisiona­l.

Menurutnya, peserta pertanding­an tersebut akan diadili menerusi permarkaha­n seperti bakat merangkumi 50 peratus, diikuti pakaian ( 20 peratus), permulaan langkah ngajat (15 peratus) dan penutup langkah ngajat (15 peratus).

“Pasukan yang menjuarai pertanding­an ini pada tahun lepas tidak dibenarkan mengambil bahagian.

“Alat- alat ‘ betabuh’ disediakan pihak penganjur.

“Pihak penganjur turut menyediaka­n hadiahhadi­ah menarik kepada para pemenang pertanding­an ini,” tambahnya.

Tarikh akhir mengesahka­n penyertaan adalah pada atau sebelum 20 Julai ini jam 5 petang.

Borang boleh diambil dengan menghubung­i Jawi Anom di talian 019-8271076, Ambrose John (016-8931385) atau Winnie (019-8472080). KUCHING: Persatuan Mencegah Dadah Kebangsaan (PEMADAM) telah mengadakan mesyuarat agung di pejabatnya di Bangunan Majma Mall pada 7 Julai lalu.

Menurut kenyataan akhbarnya, hasil daripada mesyuarat itu, Pegawai Daerah Kuching Ibrahim Kifli telah dipilih sebagai pengerusi PEMADAM Daerah Kuching tanpa bertanding.

Timbalan Pengerusin­ya pula disandang Penghulu Ghani Abon, Naib Pengerusi Michael Soo dan Setiausaha terdahulu, Nur Anisa Abdullah turut dikekalkan.

Penolong Setiausaha disandang Rangen Jamang, Bendahari Pia Ranak dan seramai 15 ahli exco lain adalah daripada kalangan ketua dan pesara awam.

T u j u a n p e m a d a m ditubuhkan antara lain adalah untuk membantu pihak Agensi Antidadah Kebangsaan membentera­s penyalahgu­naan dadah di samping melaksana pelbagai aktiviti yang berkaitan penggunaan dadah.

Pada masa yang sama, ia juga bertujuan mengeratka­n jalinan silaturahi­m ahli-ahli PEMADAM.

 ??  ?? PELIHARA BUDAYA: (Dari kiri) Jawi, Chambai dan Ambrose pada sidang media di Sibu, semalam.
PELIHARA BUDAYA: (Dari kiri) Jawi, Chambai dan Ambrose pada sidang media di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia