Utusan Borneo (Sarawak)

Terdapat sindiket anjur pesta kepada remaja, diiklan melalui WeChat

-

KUALA LUMPUR: Polis membongkar aktiviti pesta dadah dan seks dalam kalangan remaja berikutan tertangkap­nya 68 individu di dua kondominiu­m berasingan di sekitar ibu negara pada Selasa dan Jumaat lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama di Jalan Ceylon di sini, pihaknya menahan 15 individu iaitu sembilan lelaki dan enam wanita berusia 19 hingga 44 tahun.

“Empat daripada lelaki yang ditahan adalah warga Thailand, dua wanita adalah warga Indonesia manakala selebihnya warga tempatan.

“Ketika serbuan kesemua suspek sedang khayal dan pemeriksaa­n di kondominiu­m itu membawa kepada penemuan dadah iaitu 4,000 biji pil jenis Eramin 5 dan 19 pil ekstasi,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini semalam.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menahan 53 individu iaitu berusia 14 hingga 29 tahun dalam serbuan kedua di sebuah kondominiu­m di Jalan Ampang di sini.

“Terdapat enam lelaki dan tiga wanita di bilik pertama manakala 23 lelaki dan 21 wanita di bilik kedua kondominiu­m itu yang dipercayai turut melakukan aktiviti seks.

“Remaja perempuan berusia 14 tahun yang ditahan adalah warga Indonesia, polis turut merampas dadah iaitu pil ekstasi,” katanya sambil menambah kesemua mereka positif dadah.

Mazlan berkata, terdapat sindiket yang menganjurk­an

Ketika serbuan kesemua suspek sedang khayal dan pemeriksaa­n di kondominiu­m itu membawa kepada penemuan dadah iaitu 4,000 biji pil jenis

ekstasi. ” Eramin 5 dan 19 pil Datuk Seri Mazlan Lazim Ketua Polis Kuala Lumpur

aktiviti pesta seks dan dadah kepada remaja di kondominiu­m dengan mengiklank­annya melalui aplikasi WeChat.

“Modus operandi ini digunakan kerana remaja tidak dibenarkan masuk ke pusat hiburan, oleh itu mereka sewa kondominiu­m dan buat parti seperti ini.

“Remaja yang ingin menyertai akan dikenakan bayaran antara RM100 hingga RM200, polis akan ambil keterangan pemilik kondominiu­m untuk siasatan lanjut,” katanya

Beliau berkata, kesemua suspek kini direman antara tiga hingga tujuh hari dari tarikh ditahan untuk siasatan lanjut.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia