Utusan Borneo (Sarawak)

APMM Terengganu rampas dua bot nelayan Vietnam

-

KUALA TERENGGANU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 19 awak-awak dan dua tekong yang menceroboh perairan negeri ini Sabtu lepas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kapten Maritim Rahim Ramli berkata bot pertama ditahan pada jam 7.40 malam manakala bot kedua kira-kira 8.30 malam di kawasan antara 33 hingga 39 batu nautika dari muara Kuala Terengganu.

Menurut beliau, kedua-dua bot terlibat ditahan ketika sedang asyik menangkap ikan dalam Ops Perkasa Timur dan Ops Marikh yang dijalankan secara kerap terutama di kawasan berdekatan pelantar minyak.

Rahim berkata Terengganu mempunyai hasil laut yang banyak dan berkualiti tinggi terutama di kawasan pelantar minyak yang menjadi habitat ikan dan sotong gred A.

“Faktor inilah yang menarik minat nelayan asing dan mereka tidak pernah serik menceroboh dan menangkap ikan di perairan Tereng- ganu kerana hasilnya sangat lumayan.

“Oleh yang demikian anggota kita sentiasa menjalanka­n rondaan secara kerap menggunaka­n dua kapal dan lima bot yang kita ada,” katanya pada sidang media di Pejabat Daerah Maritim Terengganu semalam.

Hasil rampasan termasuk dua bot, 4.5 tan hasil laut, 10,000 liter diesel dan peralatan menangkap ikan dianggarka­n bernilai RM2.4 juta.

Selain itu, menurut Rahim hasil pemeriksaa­n mendapati kesemua 21 yang ditahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan permit kerja yang sah.

“Kita telah berjaya melakukan 40 tangkapan dengan jumlah rampasan bernilai RM50.5 juta sejak Januari hingga kelmarin.

Kita akan terus memperting­katkan pemantauan dan penguatkua­saan dari semasa ke semasa bagi menjaga perairan kita daripada terus diceroboh,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DITAHAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu pada Sabtu lepas menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 19 awak-awak dan dua tekong yang menceroboh perairan negeri ini pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim DM9 dekat Kuala...
— Gambar Bernama DITAHAN: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu pada Sabtu lepas menahan dua bot nelayan Vietnam bersama 19 awak-awak dan dua tekong yang menceroboh perairan negeri ini pada sidang media di Ibu Pejabat Maritim DM9 dekat Kuala...
 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAMPAS: Rahim (dua kanan) bersama anggotanya menunjukka­n sotong yang telah dikeringka­n selepas menahan dua bot nelayan Vietnam.
— Gambar Bernama DIRAMPAS: Rahim (dua kanan) bersama anggotanya menunjukka­n sotong yang telah dikeringka­n selepas menahan dua bot nelayan Vietnam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia