Utusan Borneo (Sarawak)

29 tong LPG bernilai RM2,320 dijual tanpa lesen dirampas

-

KULIM: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna cawangan Kulim merampas sejumlah 29 tong gas petroleum cecair (LPG) bernilai RM2,320 yang dijual tanpa lesen dalam satu serbuan di sebuah premis perniagaan di Padang Serai dekat sini kelmarin.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Daerah Kulim Mazlina Ahmad berkata serbuan itu dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dihantar melalui sistem aduan secara dalam talian pada Jumaat lepas dan siasatan dilakukan sebelum tindakan diambil ke atas seorang lelaki berusia 45 tahun pada jam 12 tengah hari itu.

“Hasil siasatan awal mendapati, suspek tersebut menjual gas tersebut dengan cara ‘menumpang’ lesen seorang rakan seniaganya yang mempunyai lesen dan permit perniagaan borong bagi penjualan gas tersebut. Maklumat awal juga mendapati suspek mula menjual gas tersebut dua bulan lalu sempena musim perayaan Aidilfitri.

“Kami masih menjalanka­n siasatan dan suspek akan didakwa di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menjual barangan kawalan tanpa lesen. Kami juga akan menjalanka­n siasatan ke atas rakan niaga suspek yang meminjamka­n lesennya selepas siasatan ke atas suspek selesai dilakukan,” katanya kepada Bernama semalam.

Dalam pada itu, Mazlina juga menasihati peniaga barangan kawalan agar tidak sewenang-wenangnya memberi ‘pinjam’ atau berkongsi lesen dan permit perniagaan mereka kepada orang lain.

“Bagi penjualan gas, ia bukan perkara kecil kerana melibatkan aspek keselamata­n yang pemohon perlu mendapatka­n sokongan pihak bomba bagi kebenaran menjual gas. Kami juga meminta orang awam agar sentiasa memberi maklumat jika terdapat penjualan gas yang mencurigak­an di tempat mereka,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia