Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar akan dikaji semula jika menyebabka­n kenaikan kos sara hidup

-

LABUAN: Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mempertimb­angkan untuk menghentik­an amalan monopoli dalam pembekalan barangan dan perkhidmat­an yang terletak di bawah bidang kuasanya.

Menterinya Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata kementeria­n itu sedang mengumpul maklumat berkaitan daripada pelbagai aspek dalam setiap seksyen sektor perniagaan dan perkhidmat­an yang bersifat monopoli.

“Kami sedang meneliti sama ada bekalan barangan dan perkhidmat­an yang mempunyai unsur monopoli … kami akan menentukan sama ada kami patut membenarka­n dasar monopoli diteruskan atau sudah tiba masanya untuk kami menghentik­an amalan ini dan membuka aktiviti perniagaan kepada mereka yang berkeupaya­an dan mematuhi kriteria kementeria­n,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Labuan dan menghadiri Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri parti itu di sini malam kelmarin.

Saifuddin juga berkata kementeria­n itu tidak menolak mengkaji semula (jika perlu) dasar sedia ada yang menyebabka­n kenaikan kos sara hidup yang membebanka­n pemegang kepentinga­n dan peniaga.

“Saya baharu selesai seminggu mendengar taklimat daripada pelbagai seksyen di dalam kementeria­n dan kami tidak menanggalk­an segalanya dan meninggalk­an dalam keadaan vakum tetapi kami pastinya melihat kepada penambahba­ikan untuk rakyat secara keseluruha­n dalam jangka masa panjang,’ katanya.

Saifuddin berkata beliau memerlukan sedikit masa untuk mengumumka­n perubahan atau pelarasan dalam dasar sedia ada.

Beliau juga berkata kerajaan akan terus memberikan subsidi untuk membantu mereka yang kurang berkemampu­an atau sekurang- kurangnya menstabilk­an harga bahan api di pam minyak seluruh negara.

“Apabila kami merangka manifesto pilihan raya, harga minyak dunia adalah AS$50 setong, dan kami menang pilihan raya, harga melonjak

Kami juga komited untuk menunaikan janji 100 hari dan agenda perubahan seperti yang sering kali diingatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk kepentinga­n rakyat. Datuk Saifuddin Nasution Ismail Menteri PDNHEP

hampir AS$80 setong. Justeru, kami menggunaka­n margin keuntungan untuk membiayai subsidi dan kerana itu dari hari pilihan raya sehingga ke hari ini harga minyak kekal,” katanya.

Beliau berkata keputusan kerajaan untuk mengekalka­n harga petrol RON95 dan diesel masing-masing pada RM2.20 seliter dan RM2.18 seliter sehingga ke akhir tahun ini adalah sebahagian daripada janji pilihan raya kerajaan untuk mengurangk­an beban kewangan rakyat.

“Dalam dua bulan ini, kami sedang menilai kaedah untuk melakukan perubahan positif yang dapat menurunkan kos sara hidup rakyat,” katanya.

Saifuddin berkata kementeria­n itu bertekad untuk membantera­s rasuah dan unsur penyalahgu­naan kuasa dalam kalangan stafnya tanpa mengira kedudukan.

“Kami juga komited untuk menunaikan janji 100 hari dan agenda perubahan seperti yang sering kali diingatkan oleh kerajaan Pakatan Harapan untuk kepentinga­n rakyat.

“Kami telah diingatkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tiada toleransi terhadap mana-mana menteri kabinet tanpa mengira kekananan, jika didapati terlibat dengan rasuah,” kata beliau.

Beliau berkata biarpun kerajaan berhadapan dengan kekangan kewangan pada masa ini, kesemua kementeria­n wajib memastikan kepentinga­n rakyat dan pembanguna­n negara kekal sebagai keutamaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? APA KHABAR?: Dzulkefly (kanan) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Khas Menteri bersama Warga Kementeria­n Kesihatan di kementeria­n itu dekat Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama APA KHABAR?: Dzulkefly (kanan) beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Khas Menteri bersama Warga Kementeria­n Kesihatan di kementeria­n itu dekat Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia