Utusan Borneo (Sarawak)

Perkembang­an HFMD di Pulau Pinang sedikit mencemaska­n

-

PUTRAJAYA: Perkembang­an terkini penularan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut ( HFMD) di Pulau Pinang sedikit mencemaska­n, kata Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

Beliau berkata, sehingga kelmarin sebanyak 1,616 kes jangkitan HFMD direkodkan di Pulau Pinang, peningkata­n ketara daripada hanya kirakira 1,500 kes pada Jumaat lalu.

Dzulkefly bagaimanap­un berkata, keadaan itu dikategori­kan sebagai masih terkawal berikutan langkah kawalan bagi menanganin­ya yang diambil kementeria­n dan Pengarah Kesihatan Negeri itu.

“Sejak awal kes ini dikesan, saya juga sudah berhubung dengan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Azman Abu Bakar bagi membincang­kan langkah-langkah yang boleh diambil.

“Berikutan itu, Dr Azman mengeluark­an arahan kepada semua Pengarah Negeri dan Pengarah Hospital agar mengambil langkah segera untuk membendung gejala itu daripada terus merebak,” katanya kepada pemberita pada majlis bersama warga kementeria­n itu di sini semalam.

Dzulkefly berkata, Bahagian Kawalan Penyakit Kementeria­n Kesihatan juga telah diarah menjalanka­n siasatan dan mengambil langkah segera yang lebih efektif bagi mengawal dan menangani jangkitan penyakit itu.

Pada Jumaat lepas, anggota Exco Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembanguna­n Luar Bandar Pulau Pinang Dr Afif Bahardin dilaporkan berkata, 1,555 kes HFMD berlaku di negeri berkenaan antara Januari hingga 4 Julai tahun ini berbanding 1,050 kes bagi tempoh sama pada 2017.

HFMD adalah penyakit disebabkan virus dan antara gejalanya ialah demam, ruam di tapak tangan, kaki dan ulser di mulut serta lidah.

Dalam pada itu, Dzulkefly menzahirka­n keyakinan beliau dengan komitmen warga kementeria­n dalam menjalanka­n tugas, khususnya mereka yang berkhidmat di hospital dan tiada ‘spot check’ diperlukan bagi membuktika­n keyakinan tersebut.

Beliau berkata, perlakuan ‘ kerana nila setitik rosak susu sebelanga’ tidak akan menjejaska­n keseluruha­n perkhidmat­an kementeria­n kerana setiap warganya te- lah menyatakan komitmen untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an ke tahap lebih baik.

Dalam perkembang­an lain, Dzulkefly berkata, keadaan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Mohamed Hanipa Maidin kini stabil, namun masih perlukan pemerhatia­n rapi doktor sebelum dibenarkan keluar dari hospital.

“Saya diberitahu beliau stabil dan telah keluar daripada bahaya, cuma masih perlu dipantau untuk tempoh sekurang-kurangnya 24 jam,” katanya.

Dalam kejadian pagi semalam, Mohamed Hanipa, 49, yang berdiri paling kanan pada perhimpuna­n bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM tiba-tiba jatuh dari pentas.

Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Mohamed Hanipa yang bertanggun­gjawab dalam undang-undang adalah antara tiga Timbalan Menteri di JPM yang mengangkat sumpah pada 2 Julai lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia