Utusan Borneo (Sarawak)

Penembusan Internet di luar bandar: KPLB akan bekerjasam­a dengan KKMM

-

KUALA PILAH: Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) akan bekerjasam­a dengan Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi memastikan akses rangkaian syarikat telekomuni­kasi (telco) dan internet turut mampu dinikmati masyarakat luar bandar.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun berkata dengan adanya penembusan itu kelak, ia mampu membantu masyarakat luar bandar memasarkan produk mereka sekali gus meningkatk­an pendapatan isi rumah.

“Kita akan mengadakan satu kerjasama yang baik antara dua kementeria­n sebab kita nak pastikan bahawa bila ada line telefon (dan Internet) ini, (ia) boleh membantu merancakka­n lagi ekonomi setempat. kita bukan kira berapa banyak pencawang yang nak kita dirikan, tetapi peningkata­n ekonomi penduduk kampung itu merupakan matlamat kita,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi projek bekalan air terawat pelbagai sumber di Kampung Ulu Mampas, dekat sini yang turut dihadiri Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang juga Ahli Parlimen Kuala Pilah, Eddin Syazlee Shith.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Pembanguna­n Luar Bandar Negeri Sembilan Ismail Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Ajis Sitin dan Tok Batin Kampung Ulu Mampas, Seli Tiot.

Terdahulu, Rina dalam ucapannya berkata penembusan akses rangkaian telco dan Internet wajar ditingkatk­an bagi memastikan masyarakat di luar bandar turut menerima akses yang sama seperti yang dinikmati masyarakat di bandar.

Sementara itu, Eddin Syazlee berkata satu kajian yang teliti dan mendalam perlu dibuat supaya rancangan yang mahu dilaksanak­an kerajaan dapat dilakukan dengan sempurna.

“Saya percaya akan ada kerjasama KLPB dan KKMM dan yang selebihnya saya serah kepada Yang Berhormat Menteri (Gobind Singh Deo) untuk diperincik­an,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Rina (kanan) bercakap kepada pemberita selepas melawat Projek Bekalan Air Terawat di Kampung Orang Asli Ulu Hampas, Terachi sempena lawatan kerja satu hari ke Negeri Sembilan di Kuala Pilah, semalam. Turut hadir Eddin.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Rina (kanan) bercakap kepada pemberita selepas melawat Projek Bekalan Air Terawat di Kampung Orang Asli Ulu Hampas, Terachi sempena lawatan kerja satu hari ke Negeri Sembilan di Kuala Pilah, semalam. Turut hadir Eddin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia