Utusan Borneo (Sarawak)

JKKP rekod 711 pekerja maut di tempat kerja tahun lepas

-

SEREMBAN: Jabatan Keselamata­n dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) merekodkan sejumlah 711 individu maut di tempat kerja tahun lepas dan daripada jumlah itu, 187 individu menemui ajal di tapak pembinaan, kata Ketua Pengarah JKKP Ir Omar Mat Piah.

“Kadar kematian di tapak pembinaan sangat membimbang­kan berbanding kematian di lain-lain lokasi tempat kerja. Sejumlah 6,125 kemalangan direkodkan berlaku di tapak pembinaan tahun lalu yang mana ia memerlukan lebih pemerhatia­n dan pema- tuhan langkah keselamata­n,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Operasi Cegah Jatuh JKKP di Projek Cadangan Pembanguna­n Pangsapuri PR1MA, di sini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankua­sa Bertindak Sumber Manusia, Perladanga­n dan Hal Ehwal Bukan Islam Negeri Sembilan J. Arul Kumar.

Sementara itu, Omar berkata sehingga Jun tahun ini, JKKP menjalanka­n sebanyak 4,838 pemeriksaa­n ke atas tapak pembinaan di seluruh negara.

“Daripada jumlah pemeriksaa­n itu, sejumlah 4,132 notis telah dikeluarka­n dan 253 kesalahan dikeluarka­n kompaun kepada majikan,” katanya, sambil menambah, sebanyak 31 kes telah didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan berkaitan keselamata­n dan kesihatan di tempat kerja.

“Kami menyeru pihak industri supaya mengamalka­n langkah keselamata­n yang baik di tempat kerja bagi memastikan kemalangan di tempat kerja dapat dielakkan,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TINJAU: Omar (kiri) meninjau tapak projek pada Operasi Cegah Jatuh JKKP di Projek Cadangan Pembanguna­n Pangsapuri Prima dekat Seremban, semalam.
— Gambar Bernama TINJAU: Omar (kiri) meninjau tapak projek pada Operasi Cegah Jatuh JKKP di Projek Cadangan Pembanguna­n Pangsapuri Prima dekat Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia