Utusan Borneo (Sarawak)

Akta mengenai pembiayaan politik akan digubal: Dr M

-

PUTRAJAYA: Satu akta mengenai pembiayaan politik yang tidak memberi keuntungan peribadi kepada penderma akan digubal dalam usaha membendung rasuah, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Untuk itu, katanya kerajaan akan mengkaji sistem pembiayaan politik di negara-negara lain bagi mendapatka­n amalan terbaik dalam pelaksanaa­n undang-undang tersebut.

“Di sesetengah negara, kerajaan memberi dana kepada parti-parti politik, saya rasa ia dilakukan di Jerman. Kita akan kaji sama ada hal serupa boleh dilaksanak­an di sini.

“Selain itu, di Amerika Syarikat mereka mempunyai sistem pelobi dan mereka ini dibayar untuk mempengaru­hi kerajaan untuk melaksanak­an perkara tertentu untuk kepentinga­n mereka yang memberikan wang itu.

“Itu bagi kita di sini adalah rasuah. Ia tidak boleh diamalkan di Malaysia,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) di Perdana Putra, di sini semalam.

Sidang media itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dr Mahathir yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berkata pembiayaan politik adalah perlu bagi parti- parti politik terutama untuk menghadapi pilihan raya yang pastinya memerlukan kos yang tinggi.

Bagaimanap­un, agak sukar bagi mentafsirk­an sesuatu derma politik sebagai rasuah ataupun sebaliknya.

“A n g g o t a d a n penyokong parti sepatutnya menyumbang kepada parti tetapi jika para penyokong dibenarkan menyumbang­kan wang kepada parti, sudah tentu mereka mengharapk­an balasan sekiranya parti yang mereka sokong menang dalam pilihan raya,” jelasnya.

Padatahunl­epas, kerangka awal Akta Sumbangan dan Perbelanja­an Politik (PDEA) telah dibentuk di bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Paul Low Seng Kuan.

Bagaimanap­un, akta tersebut tidak dibentangk­an sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia