Utusan Borneo (Sarawak)

Menteri, YB tidak terlepas daripada undang-undang jika miliki aset yang tidak dapat dijelaskan puncanya

-

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri kabinet dan wakil rakyat dari parti pemerintah kini diklasifik­asikan sebagai sebahagian anggota pentadbira­n dalam usaha membendung gejala rasuah.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pindaan akan dibuat ke atas Kod Etika Anggota Pentadbira­n dan Ahli Parlimen Kerajaan bagi membolehka­n tafsiran Anggota Pentadbira­n diperluas.

Beliau berkata melalui langkah itu, mereka tidak akan terlepas daripada tindakan undang-undang jika memiliki aset dan pendapatan yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

“Jika terima hadiah perlu dilapor kepada pihak bertanggun­gjawab kalau ada pemberian yang tidak dibenarkan maka tidak boleh diterima oleh menteri-menteri, atau perdana menteri dan timbalan menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat

Jika terima hadiah perlu dilapor kepada pihak bertanggun­gjawab kalau ada pemberian yang tidak dibenarkan maka tidak boleh diterima oleh menterimen­teri, atau perdana menteri dan timbalan menteri. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah kali kedua di sini semalam.

Bagaimanap­un, katanya kelonggara­n diberi untuk hadiah seperti bunga, makanan atau plak penghargaa­n.

“Jika mereka ditawarkan kereta Mercedes, mereka wajib menolaknya, samalah juga halnya jika ditawarkan kereta Proton sekalipun,” kata beliau.

Katanya pentadbira­n kerajaan sebelum ini dilihat menyembuny­ikan kes rasuah daripada pengetahua­n umum khususnya yang melibatkan kepimpinan tertinggi ketika itu.

“Kewujudan kes rasuah amat jelas tetapi para pegawai mengambil tindakan tidak betul, misalnya tiga laporan penyiasata­n yang diperakui oleh kerajaan menunjukka­n tiada salah laku oleh perdana menteri.

“Tetapi jika laporan itu menunjukka­n tiada sebarang salah laku oleh perdana menteri, kenapa ia perlu diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA), biasanya kita tidak boleh menyembuny­ikan laporan seperti itu misalnya laporan Jawatankua­sa KiraKira Wang Negara (PAC), tetapi yang ini disembunyi­kan daripada pengetahua­n umum,” tambah beliau.

Perdana Menteri turut mengingatk­an pegawai kerajaan untuk membuat laporan sekiranya terdapat unsur rasuah dalam jabatan atau kementeria­n masing-masing dalam usaha membendung gejala rasuah.

Turut hadir pada sidang media itu ialah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SIDANG MEDIA: Dr Mahathir ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Bangunan Perdana Putra semalam. Turut hadir (dari kiri) Abu Kassim, Wan Azizah, Liew dan Azmin.
— Gambar Bernama SIDANG MEDIA: Dr Mahathir ketika sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah di Bangunan Perdana Putra semalam. Turut hadir (dari kiri) Abu Kassim, Wan Azizah, Liew dan Azmin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia