Utusan Borneo (Sarawak)

Nama setiausaha akhbar belum muktamad: Syed Saddiq

-

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau kini dalam proses memuktamad­kan pelantikan beberapa pegawainya dan meneliti resume yang diterima sejak minggu lepas.

“Setakat ini belum ada pelantikan setiausaha akhbar saya secara rasmi,” katanya kepada pemberita yang menunggu di lobi Kementeria­n Belia dan Sukan ( KBS) setelah mendapat maklumat sebuah kumpulan yang menggelark­an diri mereka sebagai Gabungan Gay Malaysia akan men- gadakan perhimpuna­n aman di KBS membantah tindakan Syed Saddiq tidak mengaku melantik seorang aktivis gay sebagai pegawainya.

Bagaimanap­un, media yang menunggu seawal jam 8 pagi hingga 10.30 pagi mendapati kumpulan berkenaan tidak muncul dan hanya Syed Saddiq yang menemui media yang menunggu.

Syed Saddiq berkata, siasatan sedang dijalankan di peringkat KBS bagi mencari pihak yang bertanggun­gjawab menyenarai­kan nama Numan Afifi Saadan sebagai pegawai beliau sedangkan pelantikan secara rasmi be- lum dibuat.

Senarai yang melibatkan nama Numan Afifi sebagai seorang daripada pegawai di pejabat Menteri Belia dan Sukan tular di media sosial baru-baru ini sehingga mendapat kecaman banyak pihak kerana individu berkenaan dikatakan terlibat dalam Big Gay Iftar tahun lepas.

Sementara itu, Numan Afifi dalam akaun laman sosial Facebookny­a semalam berkata dia mengambil keputusan untuk tidak meneruskan tugas di KBS dan setiausaha akhbar baharu akan dilantik secara rasmi dalam masa terdekat. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIA: Othman (tiga kanan) bersama Ahmad (kanan) melihat pelan kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sidang Media PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis, Selangor di Ibu Pejabat SPR, semalam.
— Gambar Bernama SEDIA: Othman (tiga kanan) bersama Ahmad (kanan) melihat pelan kawasan Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Sidang Media PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) N.49 Sungai Kandis, Selangor di Ibu Pejabat SPR, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia