Utusan Borneo (Sarawak)

PRK Sungai Kandis: PAS tidak akan beri kemenangan mudah kepada parti lawan

-

KOTA BHARU: PAS tidak akan memberi kemenangan mudah kepada mana-mana parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil ( PRK) Sungai Kandis di Selangor susulan kematian penyandang­nya, Mat Shuhaimi Shafiei pada 2 Julai lepas, kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata PAS sentiasa bersedia untuk menyertai PRK Sungai Kandis di sebalik pendirian ‘tunggu dan lihat’ parti itu terhadap pembangkan­g yang lain terutama Barisan Nasional (BN) yang dilihat menunjukka­n minat dalam perebutan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan.

“Keputusan (Pilihan Raya Umum Ke- 14) yang lalu UMNO ( BN) dapat lebih banyak undian daripada PAS. Kalau UMNO tak sertai PRK maka PAS akan masuk bertanding.

“Soal kita letak calon adalah berdasarka­n keperluan. Kita tak perlu rujuk dia (BN) dan PAS sentiasa bersedia... tidak ada istilah menang percuma untuk mana- mana parti,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Kuliah Bulanan Wanita di Balai Islam Lundang di sini, semalam.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata parti itu hanya akan meletakkan calon sekiranya berlaku pertanding­an satu lawan satu susulan pencapaian PAS di DUN Sungai Kandis pada PRU14 lalu hanya sederhana sahaja dengan mendapat 7,573 undi.

Mat Shuhaimi, 50, dari PKR meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang Jaya pada jam 11.10 pagi Isnin lepas akibat kanser limfoma.

Pada PRU14, Shuhaimi memenangi kerusi DUN Sungai Kandis selepas memperoleh 23,998 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Kamaruzzam­an Johari (11,518); calon PAS Mohd Yusof Abdullah (7,573) dan calon Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hanafiah Husin (76).

Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) semalam menetapkan penamaan calon pada 21 Julai ini manakala pengundian pada 4 Ogos. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia