Utusan Borneo (Sarawak)

Duit hasil jualan kuih hanya cukup untuk bayar sewa rumah dan bil

-

ALOR SETAR: Sungguhpun telah mencecah usia 63 tahun namun kasih seorang ibu tunggal terhadap anaknya yang menghidap kanser esofagus tetap utuh dan sanggup membanting tulang bagi menentukan keperluan keluarga terutama anaknya itu dipenuhi sebaik mungkin.

Zarah Man sanggup bersengkan­g mata untuk menyiapkan kuih-muih untuk diletakkan di beberapa kedai sekitar Pokok Sena dekat sini setiap hari bagi menampung pendapatan keluarga.

Anak sulungnya daripada tiga adik-beradik, Zulkifli Yusof, 43, yang masih bujang dan juga Orang Kelainan Upaya ( OKU) kategori lembam dikesan menghidap kanser itu pada September lalu selepas mengalami muntah-muntah dan sakit pada bahagian kerongkong ketika makan.

“Sejak kematian suami pada 2002, sayalah yang mencari duit untuk menyara keperluan kami...walaupun dah tak larat hingga kebas-kebas seluruh badan, saya gagahkan diri demi Zulkifli.

“Pendapatan saya juga tidak menentu kerana adakalanya kuih-muih habis dijual, tetapi bila banyak kuih tak habis ia menjejaska­n pendapatan saya secara tak langsung,” katanya kepada pemberita di rumahnya di Pokok Sena semalam.

Zarah berkata pemeriksaa­n yang dilakukan di Hospital Alor Setar lama (kini klinik kesihatan) mendapati terdapat sel kanser di bahagian esofagus yang perlu dirawat segera bagi mengelak ia merebak dan kini Zulkifli terpaksa menggunaka­n tiub khas yang disalurkan dari hidung ke perut untuk minum susu.

Zarah berkata anaknya pada masa ini dalam proses untuk mendapatka­n rawatan kemoterapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini selepas tertangguh disebabkan faktor kekangan kewangan.

“Walaupun dia (Zulkifli) mendapat bantuan bulanan RM350 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi kos yang diperlukan lebih daripada itu yang mana untuk susu sahaja setiap bulan perlukan dalam RM400.

“Kos perbelanja­an untuk berulang-alik ke HSB pula dianggarka­n dalam RM200 diperlukan yang mana kadangkala perlu sebulan sekali, ada kala dua atau tiga bulan sekali ke hospital. Duit hasil jualan kuih pula cukup untuk bayar sewa rumah dan bil elektrik serta air sahaja,” katanya.

Mengenai dua lagi anaknya, Zarah berkata mereka ada kehidupan sendiri dan bukannya orang senang.

Justerubel­iaumerayum­ana-

Sejak kematian suami pada 2002, sayalah yang mencari duit untuk menyara keperluan kami...walaupun dah tak larat hingga kebas-kebas seluruh badan, saya gagahkan diri demi Zulkifli. Zarah Man Ibu

mana agar sudi menyumbang bagi meringanka­n bebannya menyediaka­n keperluan harian serta perubatan Zulkifli.

Kesempitan hidup Zarah mendapat perhatian Pengasas Cancer Survivors Malaysia Zuraini Kamal yang mengadakan kunjungan mesra di rumah keluarga itu serta menyampaik­an bantuan barangan makanan serta susu kepada Zulkifli.

“Kita juga akan membantu membeli tepung yang digu- nakan Zarah untuk membuat kuih- kuih selama tempoh tertentu bagi meringanka­n beban Zarah sekali gus dapat meningkatk­an keuntungan­nya dan lebih fokus menjaga anaknya itu ,” katanya.

Pihak yang ingin membantu Zarah boleh menghubung­inya di talian 012-4548447 atau menyalurka­n terus sumbangan ke akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) atas nama Zarah Man di nombor 0213041-00006287-8. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? STABIL: Mohamed Hanipa yang pengsan pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM di Perdana Putra, pagi semalam diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatka­n rawatan lanjut.
— Gambar Bernama STABIL: Mohamed Hanipa yang pengsan pada perjumpaan bulanan Perdana Menteri bersama warga JPM di Perdana Putra, pagi semalam diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatka­n rawatan lanjut.
 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN: Zarah Man, 63, (dua, kiri) memberi minum susu menggunaka­n tiub khas kepada anaknya Zulkifli Yusof, 43 yang mengidap kanser esofagus (tiub berotot yang menyambung­kan mulut ke perut) sambil diperhatik­an Pengasas Canser Survivors Malaysia (CSM),...
— Gambar Bernama BANTUAN: Zarah Man, 63, (dua, kiri) memberi minum susu menggunaka­n tiub khas kepada anaknya Zulkifli Yusof, 43 yang mengidap kanser esofagus (tiub berotot yang menyambung­kan mulut ke perut) sambil diperhatik­an Pengasas Canser Survivors Malaysia (CSM),...
 ?? — Gambar Bernama ?? PEMERIKSAA­N: Norhizam Hassan (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Veterinar negeri Dr Azlan Enjah (dua, kiri) ketika melawat ladang ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah, semalam.
— Gambar Bernama PEMERIKSAA­N: Norhizam Hassan (kanan) mendengar penerangan daripada Pengarah Veterinar negeri Dr Azlan Enjah (dua, kiri) ketika melawat ladang ternakan babi di Kampung Paya Mengkuang, Masjid Tanah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia