Utusan Borneo (Sarawak)

Mohamed Hanipa sedar dan stabil

-

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ( JPM) Mohamed Hanipa Maidin yang pengsan pada perjumpaan Perdana Menteri bersama warga JPM pagi semalam, telah sedar dan berada dalam keadaan stabil.

Pegawai medianya Anas As-Said Zaharuddin ketika dihubungi Bernama berkata Mohamed Hanipa, 49, masih menjalani rawatan di Hospital Putrajaya.

“Doktor masih membuat pemeriksaa­n mengenai punca beliau rebah. Saya akan maklumkan perkembang­an dari semasa ke semasa,” katanya.

Anas As-Said turut memohon kepada orang ramai supaya tidak menyebarka­n sebarang spekulasi berkenaan keadaan kesihatan Mohamed Hanipa.

Dalam kejadian pada kirakira jam 8.40 pagi semalam, keadaan bertukar kecoh ketika Tun Dr Mahathihr sedang berucap apabila Mohamed Hanipa yang berdiri paling kanan dalam barisan menteri dan timbalan menteri JPM, tiba-tiba jatuh dari pentas.

Ahli Parlimen Sepang itu terus diberikan rawatan kecemasan oleh anggota paramedik sebelum dikejarkan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatka­n rawatan lanjut.

Mohamed Hanipa yang bertanggun­gjawab dalam undang-undang adalah antara tiga Timbalan Menteri di JPM yang baharu mengangkat sumpah pada 2 Julai lepas.

Pada 4 April 2016, Mohamed Hanipa pernah dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) apabila didapati pengsan ketika persidanga­n Dewan Rakyat.

Menurut laporan media, Mohamed Hanipa menjalani pembedahan selepas kejadian itu berikutan pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia