Utusan Borneo (Sarawak)

Misi UTHM tawan kem dasar Everest sempena sambutan Hari Malaysia

-

PUTRAJAYA: Dua pensyarah dan tujuh pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ( UTHM) bakal mencabar keupayaan diri melakukan misi menawan Kem Dasar Everest sempena sambutan Hari Malaysia pada September ini.

Program Kembara Kem Dasar Everest bagi mengibarka­n Jalur Gemilang di kem dasar tertinggi dunia setinggi 5,637 meter dari paras laut itu juga diadakan sempena sambutan ulang tahun UTHM ke-25 tahun ini.

Majlis ringkas pelepasan peserta program yang akan bermula 6 Sept itu disempurna­kan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik di lobi kementeria­n itu, di sini semalam.

Dalam ucapannya, Maszlee menekankan kepentinga­n mahasiswa menyertai program sebegitu yang boleh dijadikan sebagai wahana mengembang­kan potensi dan bakat masing-masing, seiring dengan usaha kementeria­n merealisas­ikan sistem pendidikan holistik, progresif dan bertaraf dunia.

Beliau berkata aktiviti itu dapat membina kemahiran berkomunik­asi, daya saing, semangat setiakawan serta memupuk nilai murni dalam kalangan mahasiswa selain ilmu yang diperoleh dalam kelas pembelajar­an.

“Ia bukan misi yang mudah kerana cabarannny­a menuntut kekuatan dan kecekalan mental serta fizikal dengan tahap disiplin tinggi setiap peserta.

“Berikanlah yang terbaik dalam menjayakan misi kembara ini demi bangsa dan negara seperti kata Master Yoda dalam filem Star Wars: The Empire Strikes Back, ‘Do. Or do not. There is no try’,” katanya.

Maszlee juga menyeru lebih banyak syarikat korporat tampil menaja misi berkenaan yang masih memerlukan dana RM100,000 bagi penyediaan tiket penerbanga­n dan peralatan sukan.

Dalam pada itu, ketua misi yang juga satu-satunya wanita dalam kembara itu, Dr Nur Kamilah Yusuf berkata persiapan rapi dilakukan bagi menjayakan kembara tersebut antaranya mendaki gunung Stong di Kelantan dan Gunung Semeru serta Gunung Kerinci di Indonesia.

Misi dijangka berakhir pada 22 Sept ini adalah cetusan idea daripada pelajar kami yang mahu mengharumk­an nama UTHM di mata dunia sekali gus membuktika­n kemampuan dimiliki mahasiswa Malaysia, katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KEMBARA: Dr Maszlee Malik bergambar bersama para peserta Program Kembara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Kem Dasar Everest pada majlis pelepasan peserta program tersebut semalam.
— Gambar Bernama KEMBARA: Dr Maszlee Malik bergambar bersama para peserta Program Kembara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) ke Kem Dasar Everest pada majlis pelepasan peserta program tersebut semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia