Utusan Borneo (Sarawak)

Vida terselamat satu penggantun­gan dari FIFA

-

MOSCOW, Rusia: Pemain pertahanan Croatia, Domagoj Vida, terselamat satu penggantun­gan dari badan induk bola sepak dunia ( FIFA) selepas mengeluark­an satu klip mengabadik­an kemenangan negaranya ke atas Rusia di peringkat suku akhir Piala Dunia 2018 kepada Ukraine.

Vida menjaringk­an gol dalam masa tambahan dan salah satu gol penentuan tendangan penalti untuk menewaskan Rusia 4-3 Sabtu lepas.

Croatia akan menentang England di separuh akhir Rabu ini dan beberapa pegawai Rusia mendesak FIFA untuk mengambil tindakan disiplin.

Pemain berusia 29 tahun itu bersorak “Kejayaan untuk Ukraine!” dalam satu klip video dikeluarka­n oleh bekas pemain antarabang­sa Croatia, Ognjen Vukojevic tidak lama selepas kemenangan dramatik di Sochi.

Vida biasa bermain untuk kelab dari Ukraine, Dynamo Kiev. Vukojevic juga bermain untuk kelab yang sama dan sekarang bekerja untuk kelab sebagai pencari bakat.

FIFA berkata ia telah mengkaji video itu dan membuat keputusan untuk hanya memberi amaran kepada Vida dan tidak mengambil tindakan susulan.

“Kami boleh mengesahka­n jawatankua­sa disiplin FIFA telah menghantar amaran kepada pemain, Domagoj Vida kerana klip video yang dinyatakan,” kata seorang jurucakap.

“K e j a y a a n k e p a d a Ukraine!” adalah satu slogan bekas republik Soviet pro revolusi EU yang menjatuhka­n presiden yang disokong Rusia pad 2014.

Revolusi itu dianggap haram oleh Moscow dan menyebabka­n satu krisis perhubunga­n di antara dua negara berjiran.

Ia menyusul dengan pembatalan oleh Rusia ke atas semenanjun­g Crimea yang ditadbir Ukraine sebelum ini dan membawa peperangan pemisah di antara pro-Kremlin di timur Ukraine yang meragut lebih dari 10,000 nyawa.

Vukojevic menambah dalam klip video itu; “Kemenangan ini untuk Dynamo (Kiev) dan Ukraine! Croatia dan seterusnya!”

Klip itu dilihat oleh media kerajaan Rusia dan mendapat kritikan dari beberapa pegawai.

“Tindakan sebegini harus dihukum,” kata anggota jawatankua­sa sukan di parlimen Rusia, Dmitry Svishchyov.

“Slogan politik, nasionalis dan rasis tidak dibenarkan di Piala Dunia.”

Vida mengeluark­an satu kenyataan yang dikeluarka­n oleh persekutua­n bola sepak Croatia selepas keputusan FIFA dengan menganggap insiden itu sebagai salah faham.

“Saya kesal kerana beberapa wakil media telah menterjema­hkan komunikasi kami dengan cara sebegitu,” kata beliau.

“Ia bukan pesanan politik, tetapi hanya satu ucapan terima kasih kepada semua sokongan dari Ukraone, di mana Vukojevic dan saya bermain untuk beberapa tahun.” — AFP

 ??  ?? VIDA
VIDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia