Utusan Borneo (Sarawak)

Croatia khuartir ancaman Sterling

-

ton video aksi pemain yang membantu Perancis memenangi Piala Dunia 1998 dan meletak jawatan sebagai jurulatih Real pada bulan Mei selepas membimbing Real memenangi trofi Liga Juara-Juara. Dua puluh tahun kemudian, beliau hanya kurang dua perlawanan untuk menyamai rekod Zidane. Untuk melakukann­ya, beliau harus menghalang barisan pemain berbakat Perancis seperti Paul Pogba, Kylian Mbappe dan Antoine Griezmann untuk mengekori langkah Zidane pada perlawanan s e p a r u h akhir. — AFP MOSCOW, Rusia: Jurulatih Croatia, Zlatko Dalic mengenal pasti Raheem Sterling sebagai pemain ancaman England pada perlawanan separuh akhir Piala Dunia 2018 Rabu ini.

Sterling adalah pemain penting dalam kelab Manchester City yang memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim lepas tetapi beliau kelihatan kurang berkesan dalam skuad England yang melangkah ke peringkat separuh akhir Piala Dunia yang pertama sejak 1990.

Walaupun beberapa prestasi hambar di awal kejohanan, jurulatih England, Gareth Southgate terus memberikan kepercayaa­n kepada Sterling, 23 dan kepantasan beliau sentiasa mencemaska­n pertahanan Sweden ketika England menang 2-0 pada perlawanan suku akhir Sabtu lalu.

“Saya fikir Raheem Sterling adalah pemain yang sangat penting kerana beliau pantas dan berbahaya bersama-sama Harry Kane,” kata Dalic pada satu sidang media Ahad lepas.

“Saya tidak akan berkata ada sebarang kelemahan dalam pasukan England kerana mereka sudah melangkah ke separuh akhir, ia membuktika­n segala-galanya.

“Mereka bermain bola sepak mudah, berbahaya, pantas dan sangat bagus dalam tendangan percuma dan juga tendangan sudut.”

England terselamat penentuan sepakan penalti ketika menentang Colombia di pusingan kedua dengan Croatia memerlukan dua penentuan tendangan penalti – menewaskan Denmark di pusingan kedua dan Rusia di peringkat suku akhir.

Selepas perlawanan sengit, ia mudah untuk melupakan di mana Croatia juga mempamerka­n aksi menyerang menarik yang memusnahka­n Argentina dengan kemenangan 3- 0 pada perlawanan pusingan pertama.

Dalic menyalahka­n pasukan lawan kerana menjejaska­n kelancaran permainan Luka Modric dan berkata beliau menjangkak­an perlawanan lebih terbuka di Stadium Luzhniki di Moscow Rabu ini.

“Tiga perlawanan terakhir kami adalah sukar kerana kami menentang pasukan dengan pendekatan bertahan,” kata beliau.

“Tetapi kami tidak sabar dengan gaya permainan berbeza menentang England kerana mereka suka menyerang.”

Perlawanan separuh akhir ini juga mewakili perbezaan kekayaan di antara Liga Perdana Inggeris dan bola sepak Croatia.

“Jika kami memiliki kekayaan (bola sepak) England, siapa tahu di mana kedudukan kami dalam bola sepak?” kata Dalic. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? SANDARAN BELGIUM: Hazard (kanan) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi separuh akhir menentang Perancis hari ini. MARTINEZ
— Gambar Reuters SANDARAN BELGIUM: Hazard (kanan) gigih menjalani latihan bersama rakan sepasukan menjelang aksi separuh akhir menentang Perancis hari ini. MARTINEZ

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia