Utusan Borneo (Sarawak)

Maguire memainkan peranan penting dalam impian England di Piala Dunia

-

SAMARA, Rusia: Harry Maguire berkunjung ke Perancis sebagai penyokong England di Euro 2016 tetapi dua tahun kemudian, beliau adalah tunjang pertahanan negara itu ketika mereka membuat persediaan untuk perlawanan separuh akhir pertama di Piala Dunia sejak 28 tahun.

Selepas meraikan kenaikan Hull City ke Liga Perdana Inggeris pada musim 2015/ 2016, Maguire dan sekumpulan rakan-rakannya berkunjung ke Perancis, tuan rumah Euro 2016 untuk menonton perlawanan di mana England seri tanpa jaringan dengan Slovakia di pusingan pertama.

Rakan-rakan yang sama itu kini berada di Rusia tetapi kali ini, Maguire adalah pemain yang disokong oleh rakan- rakannya dan memainkan peranan penting dalam impian England di Piala Dunia.

Ia merupakan satu pengembara­an hebat untuk pemain pertahanan kelahiran Sheffield, yang hanya membuat penampilan sulung di England pada kempen kelayakan Piala Dunia ketika menewaskan Lithuania 1-0 pada bulan Oktober.

Musim 2016/2017 adalah musim pertama Maguire sebagai pemain utama di peringkat tertinggi bola sepak Inggeris dan walaupun Hull tersingkir dari Liga Perdana di akhir musim, prestasi beliau memujuk Leicester City membeli beliau dengan kontrak lima tahun.

Ia terbukti satu perpindaha­n yang penting ketika Maguire membina reputasi gah, dengan ketinggian 1.94 meter, bermain setiap perlawanan Liga Perdana pada musim sulung bersama Leicester.

Beliau diberi ganjaran dengan dua anugerah pemain terbaik kelab – anugerah pilihan rakan-rakan sepasukan dan pilihan penyokong – tetapi kemunculan beliau menjadi wira tak dijangka di Piala Dunia mungkin tidak akan berlaku tanpa jurulatih England, Gareth Southgate.

Southgate memberikan sepenuh kepercayaa­n kepada Maguire ketika beliau cuba membina identiti baharu pasukan selepas mengambil alih jawatan dari Sam Allardyce pada 2016.

“Apabila saya melihat beliau sepanjang musim, saya berharap beliau kekal cergas kerana saya fikir pada peringkat ini, saya pasti beliau boleh menunjukka­n beliau boleh beraksi dengan baik,” kata Southgate selepas Maguire menjaringk­an gol sulung bersama England ketika England menewaskan Sweden 2- 0 pada perlawanan suku akhir Piala Dunia 2018.

‘ Saya tidak pasti beliau sentiasa mempercaya­inya. Perlawanan pertama beliau di Lithuania, beliau bercakap tentang bagaimana beliau terdesak untuk tidak melakukan sebarang kesilapan dalam padang.”

Keputusan Southgate menggunaka­n tiga pemain pertahanan, sama seperti yang dilakukan ketika melangkah ke peringkat separuh akhir Euro 1996 dan Piala Dunia 1990, memberi kelebihan kepada Maguire.

Ketika remaja, Maguire menghabisk­an banyak masa bermain di bahagian tengah sebelum beralih ke posisi pertahanan tengah di lewat usia remaja dan pengalaman itu membuahkan hasil.

“Saya fikir beliau seorang pemain yang sangat berbakat,” kata Southgate.

“Penggunaan bola beliau cukup bagus seperti manamana pemain pertahanan tengah pada kejohanan ini, jadi saya berharap beliau mendapat kepercayaa­n dari prestasi beliau di peringkat ini.”

Maguire sudah diturunkan dalam kesebelasa­n utama untuk empat dari lima perlawanan England – dimasukkan sebagai pemain gantian ketika tewas kepada Belgium – menerapkan lagi keyakinan ketika pasukan dalam tekanan.

“Saya seorang yang santai, jadi saya akan cuba melakukan apa yang datang, seperti satu hantaran lintang (yang menghasilk­an gol),” kata Maguire selepas perlawanan itu.

“Ia menarik mempunyai seorang jurulatih yang menunjukka­n kepercayaa­n tinggi kepada saya, jadi ia juga memberikan saya keyakinan.”

Bekas pemain pertahanan England, Rio Ferdinand, salah seorang dari tiga bekas pemain Piala Dunia England menggelark­an Maguire “tiada ganti” menjelang perlawanan separuh akhir menentang Croatia.

“Beliau pemain hebat tetapi dengan bola di kakinya, beliau cukup luar biasa sekali,” kata Ferdinand ketika memberitah­u penyiaran BBC.

“Menentang Sweden, beliau menjadi seseorang yang sangat penting dalam pasukan, seseorang yang tiada ganti ketika ini.”

Dua tahun selepas dimalukan Iceland di pusingan kedua, generasi baharu England hanya kurang dua kemenangan untuk mencipta satu lagi sejarah.

Ia adalah prospek yang sukar untuk diketepika­n.

“Ia adalah dua tahun yang hebat – kemunculan yang saya lakukan dalam tempoh dua tahun itu adalah sangat gila,” akui Maguire. — AFP

 ??  ?? MAGUIRE
MAGUIRE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia