Utusan Borneo (Sarawak)

Kementeria­n Belia dan Sukan akan teliti semula penggugura­n taekwondo sebagai sukan teras: Syed Saddiq

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) akan menilai semula keputusan penggugura­n sukan taekwondo daripada senarai sukan teras, kata Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di sini kelmarin.

Katanya, satu sesi dialog akan diadakan dalam masa terdekat untuk menilai dan mengkaji semula isu membabitka­n sukan itu.

“Saya mahu satu perbincang­an dibuat untuk kita teliti semula bagi membantu memajukan taekwondo… jika sebelum ini wujud masalah dalaman, kita perlu cari penyelesai­an bersama.

“Saya melihat sukan taekwondo mampu membawa negara ke hadapan malah ia mampu menyatukan rakyat yang berbilang bangsa dan wajar dicontohi sukan lain,” katanya kepada pemberita selepas menyaksika­n saingan peringkat akhir Kejohanan Taekwondo Remaja ke-13 Nestle Koko Krunch 2018, di Stadium Juara, Bukit Kiara.

Pada kejohanan itu, 384 peserta mewakili 21 kelab bertanding merebut gelaran juara dan piala pusingan, Piala Tunku Imran.

Mengulas lanjut isu penggugura­n itu, Syed Saddiq tidak menyatakan sama ada perbincang­an itu akan melibatkan nasib dua sukan lain yang turut digugurkan iaitu angkat berat dan sepak takraw.

Disember lepas, KBS mengumumka­n tiga sukan berkenaan digugurkan daripada senarai sukan teras, namun ia masih boleh dipertandi­ngkan dalam Sukan Malaysia ke-19 (SUKMA) di Perak, September ini.

Alasan penggugura­n yang pertama kali dilakukan sejak 2007 itu disebabkan prestasi yang tidak memuaskan, masalah doping dan percakaran dalam persatuan.

Untuk rekod, ketika temasya KL2017 atlet sukan taekwondo meraih tiga emas menerusi Chew Wei Yan dan Yap Khim Wen masing-masing dalam acara Poomsaeind­ividu lelaki dan wanita manakala Rozaimi Rozali mengunggul­i acara Kyorugi, kategori Featherwei­ght 68kg lelaki.

Malah atlet taekwondo, Elaine Teoh pernah beraksi pada dua pentas Sukan Olimpik iaitu Athens (2004) dan Beijing (2008). — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUNJUK BAKAT: Syed Saddiq (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian penutup ‘13th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championsh­ip 2018’ di Stadium Juara, Bukit Kiara baru-baru ini.
— Gambar Bernama TUNJUK BAKAT: Syed Saddiq (kiri) menyempurn­akan gimik perasmian penutup ‘13th Nestle Koko Krunch Junior Taekwondo Championsh­ip 2018’ di Stadium Juara, Bukit Kiara baru-baru ini.
 ??  ?? JUARA: Pasukan futsal VK menjuarai Kejohanan Futsal Siri Piala Cabaran Nangka 2018 Siri 1 berakhir petang kelmarin.
JUARA: Pasukan futsal VK menjuarai Kejohanan Futsal Siri Piala Cabaran Nangka 2018 Siri 1 berakhir petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia