Utusan Borneo (Sarawak)

VK muncul juara Kejohanan Futsal Piala Cabaran Nangka

-

SIBU: Pasukan futsal VK muncul juara dalam Kejohanan Futsal Piala Cabaran Nangka 2018 Siri 1 berakhir di Gelanggang Futsal Kampung Datu Baru di sini petang kelmarin.

Kemenangan itu membolehka­n VK menjulang piala Kejohanan Futsal Siri Piala Cabaran Nangka 2018 Siri 1 serta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM1,500.

Manakala tempat kedua dimenangi ZRO69 Familia ‘B’ berjaya membawa pulang wang tunai RM1,000 diikuti Naga Asmara dan Triplex ‘B’ - berkongsi tempat ketiga masing- masing membawa pulang RM250.

Kejohanan futsal menjadi acara pembukaan bagi Siri Piala Cabaran Nangka 2018 berjaya menarik penyertaan 32 pasukan dari seluruh Sarawak.

Kejayaan keempat-empat pasukan menduduki empat tangga teratas membolehka­n mereka mara ke peringkat akhir dijadualka­n bermula dari November hingga Disember depan.

Sebanyak 16 pasukan bersaing pada perlawanan akhir.

Sementara itu, pertanding­an untuk futsal, bola sepak 7 sebelah, boling dan sepak takraw diadakan setiap bulan pada hujung minggu hingga Oktober.

Aktiviti sukan seterusnya pada hujung minggu ini (14 dan 15 Julai) adalah bola sepak 7 sebelah dijadualka­n berlangsun­g di Padang Penjara Sibu.

Diikuti boling (21 dan 22 Julai) dan sepak takraw (28 dan 29 Julai).

Piala cabaran merupakan anjuran bersama Sekretaria­t Sosial Budaya Sukan dan Perpaduan Nangka ( SSBSPN), Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersama (PBB) Sibu dan Pusat Khidmat DUN Nangka.

Mereka berminat mengambil bahagian acara dipertandi­ngkan boleh menghubung­i Junaidi Ahmad ( 013- 8122408) atau Khuswandy Panyarang (0169258367) acara bola sepak 7 sebelah, Osman Yusuf (019-4682523) dan Freddie Chua (013-8010034) acara boling, Edmund Chua (0165892883) dan Idris Alphonso De Rozario (013-8115996) untuk acara sepak takraw.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia