Utusan Borneo (Sarawak)

Ozil harus bersara dari bola sepak antarabang­sa, kata ayahnya

-

BERLIN, Jerman: Ayah Mesut Ozil berkata Ahad lepas di mana anaknya harus bersara bermain untuk skuad kebangsaan Jerman selepas menjadi ‘kambing hitam’ di atas penyingkir­an mengejut Jerman di pusingan pertama Piala Dunia 2018.

Ozil, 29, dikritik teruk di Jerman selepas juara bertahan tersingkir awal di Rusia dengan menamatkan saingan di tangga tercorot kumpulan.

Tekanan sudah memuncak ke atas pemain tengah kelab Arsenal itu sebelum kejohanan ekoran satu gambar kontrovers­i dengan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang membangkit­kan persoalan tentang kesetiaan beliau kepada Jerman.

Pada hari Khamis lepas, pengurus besar pasukan, Oliver Bierhoff mencadangk­an mungkin Jerman seharusnya menimbangk­an untuk menggugurk­an Ozil, yang mempunyai keturunan dari Turki, selepas gagal menjelaska­n dirinya tentang isu berkenaan.

Tetapi ayah beliau, Mustafa, dalam satu temu bual dengan akhbar Bild am Sonntag, berkata: “Kenyataan ini adalah biadap. Pada pandangan saya, ia bertujuan untuk menyelamat­kan diri mereka sendiri.”

Bierhoff menarik balik katakata beliau itu pada keesokan hari, dengan berkata beliau “silap” untuk meletakkan Ozil dalam tekanan.

Tetapi Presiden Persekutua­n Bola Sepak Jerman (DFB), ReinhardGr­indelkinit­urutcampur tangan dengan menggesa Ozil untuk bersuara dalam isu itu.

Kegagalan beliau untuk bersuara “telah mengecewak­an ramai penyokong kerana mereka mempunyai persoalan dan menjangkak­an jawapan,” kata Grindel ketika memberitah­u majalah Kicker dalam satu temu bual yang disiarkan semalam.

“Mereka berhak menunggu jawapan. Kerana itu ia sangat jelas kepada saya untuk kepentinga­n beliau sendiri, Mesut harus bersuara apabila beliau kembali dari cuti.”

Ayah Mesut mempertaha­nkan anaknya kerana tidak menjelaska­n isu itu secara terbuka.

“Beliau tidak mahu menjelaska­n kedudukann­ya, beliau tidak lagi mahu mempertaha­nkan dirinya sepanjang masa. Beliau sudah bermain selama sembilan tahun bersama pasukan Jerman... termasuk menjadi juara dunia dengan pasukan utama. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia