Utusan Borneo (Sarawak)

TLDM Armada Timur rancang latih pelapis perahu layar

-

KOTA KINABALU: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Sepanggar merancang untuk bekerjasam­a dengan kelab pelayaran di Sabah dalam usaha melahirkan atlet pelapis sukan perahu layar.

Panglima Logistik Timur Laksamana Pertama, Ir Ow Kiat Bin berkata untuk itu pihaknya sedang mengusahak­an pertemuan dengan Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah serta Persatuan Pelayaran Sabah untuk berbincang lebih lanjut termasuk merancang aktiviti yang boleh dijalankan secara bersama.

“Pendedahan (ilmu pelayaran) kepada pelayar baharu ini penting kerana mereka yang telah berpengala­man akan bersara... oleh itu kita perlu mencari pelapis,” katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan keti- baan bot layar Utarid ke Armada Timur di Pangkalan TLDM, Sepanggar, di sini semalam.

Ow berkata, diharapkan dengan kerjasama itu akan dapat menggalakk­an lebih ramai anak muda menyertai sukan tersebut.

Terdahulu, beliau menerima ketibaan bot itu yang telah belayar selama 15 hari sejak 25 Jun lalu dari Armada Barat Lumut, Perak dan tiba di Pangkalan TLDM di sini Jumaat lalu.

Bot itu pernah menyertai pertanding­an Cabaran Kapal Layar Antarabang­sa Borneo pada 2012 diletakkan di Pangkalan TLDM Sepanggar dalam usaha memperkasa aktiviti sukan perahu layar.

Menurut Ow, TLDM Armada Timur komited dalam membangunk­an sukan pe- rahu layar di Sabah terutamany­a menerusi kelab perahu layarnya di Pangkalan TLDM Sepanggar, Tanjung Aru, Tawau dan Sandakan.

Sementara itu, Ketua Bot Utarid Lt Komander Mohd Hamdan Mohd Shamsuddin berkata pelayaran bersama 15 kru tersebut turut disertai anggota tentera dari Kem Lok kawi, Kelab Perahu Layar Kota Kinabalu, KD Pelan- dok Lumut dan Kapal Layar Diraja Tunas Samudera.

Beliau berkata bot yang dibina di Melaka dan diberi nama DK 47 seberat lapan tan itu mampu bertahan dalam keadaan laut bergelora.

Malah, katanya kemampuan bot itu diuji pada Jumaat lalu apabila mereka terpaksa mengharung­i ribut ketika tiba di perairan Pulau Gaya di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia