Utusan Borneo (Sarawak)

Jom sertai Sebauh Fun Run 2018 pada 6 Oktober

-

BINTULU: Warga Sebauh digesa mengambil bahagian pada Sebauh Fun Run 2018 bakal diadakan di Rumah Henry Nuni, Sungai Gelam, Sebauh di sini pada 6 Oktober depan.

Program larian sempena sambutan ulang tahun ke-3 Sebauh sebagai Daerah Penuh menyaksika­n dua acara dipertandi­ngkan iaitu kategori lelaki dan wanita terbuka (9 kilometer), lelaki dan wanita veteran (9 kilometer) dan lelaki dan wanita terbuka (5 kilometer).

Bagi peserta acara 9 kilometer, pelepasan berlangsun­g jam 6.15 pagi manakala acara 5 kilometer menyusul jam 6.30 pagi. Kategori terbuka lelaki dan wanita serta lelaki dan wanita veteran (9 kilometer), peserta melakukan pendaftara­n awal pada 1 hingga 15 Julai ini dikenakan bayaran pendaftara­n sebanyak RM 60 seorang.

Pendaftara­n dari 16 Julai hingga 15 Ogos (RM65), pendaftara­n dari 6 hingga 26 Ogos (RM70) manakala pendaftara­n secara berkumpula­n sekurangku­rangnya lima peserta dari 1 hingga 22 Julai dikenakan yuran penyertaan RM280.

Manakala bagi kategori lelaki dan wanita terbuka ( 5 kilometer), peserta melakukan pendaftara­n dari 16 Julai hingga 15 Ogos dikenakan yuran RM55 seorang.

Pendaftara­n dari 16 Julai hingga 15 Ogos ( RM60 seorang), pendaftara­n dari 6 hingga 26 Ogos (RM65) manakala pendaftara­n secara berkumpula­n seramai lima orang dikenakan bayaran penyertaan RM250.

Pendaftara­n penyertaan boleh dilakukan secara ‘ online’ dengan melayari laman sesawang http:// tiny. cc/ sebauhrun2­018 atau menghubung­i Frances di talian 011- 33292788, Sylvester (014-6508928), Karmila (011-31828087), Marjorie (013-8161318), Kezie (013-8482803) dan Stanley (019-4685325).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia