Utusan Borneo (Sarawak)

Aidil dinobatkan juara ‘eSport FIFA World Cup Tournament’

-

KUCHING: Aidil (obv_aidil) dinobatkan juara bagi kategori individu pertanding­an permainan video bola sepak ‘eSport FIFA World Cup Tournament’ sempena kehangatan Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.

Juara bagi kategori berkumpula­n atau ‘clan’ disandang SPC Team manakala Firdaus Morshidi memenangi kategori ‘Golden Boot’.

Pertanding­an melibatkan dua kategori iaitu individu dan berkumpula­n (clan) anjuran syarikat pengangkut­an Bas Asia itu diadakan di pusat membeli-belah Plaza Merdeka di sini kelmarin.

Bagi merancakka­n pertanding­an itu, penganjur turut mengadakan acara sampingan ‘Golden Boot’.

Pengurus Bas Asia, Lai Sin Kiong berkata pihaknya berhasrat menganjur pertanding­an pada skala lebih besar pada masa akan datang dalam usaha mempromosi­kan sukan elektronik atau ‘eSport’ di sini.

“Di Barcelona ( Sepanyol), mereka menganjurk­an pertanding­an elektronik besar setiap tahun yang menawarkan hadiah lumayan untuk menarik penyertaan negara luar.

“Jika kita boleh melakukann­ya di sini, saya yakin kita dapat menarik pelancong luar datang ke sini. Sehubungan itu, saya harap kerajaan negeri dapat menyokong usaha kita ke arah tersebut,” katanya.

Menurut Lai, pihaknya mempromosi­kan permainan video bola sepak bagi meng- galakkan golongan belia menceburi sukan bola sepak.

Pada masa sama, permainan itu diharapkan boleh mengelak kanak-kanak khususnya terpengaru­h dengan gejala sosial jika lebih cenderung kepada permainan bersifat ganas.

Katanya, pertanding­an itu bermula Disember 2017 dan peserta mengambil bahagian mengharung­i 18 pusingan kelayakan sebelum layak ke final kelmarin.

“Selain membawa kemeriahan perlawanan Piala Dunia 2018 di Sarawak, pertanding­an itu juga mempromosi­kan gajet Sony PS4 kepada peminat permainan video,” katanya.

Hadiah- hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datuk Posa Majais.

Hadir sama Naib Presiden FAS Abang Suhordie Abang Zaini, Pengurus Besar Plaza Merdeka Cheah Kheng Mun dan Penolong Setiausaha Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Zul Usop.

 ??  ?? TAHNIAH: Posa (lima kanan) bersama Abang Suhordie (empat kiri), Cheah, Zul (empat kanan), Lai (dua kiri), jawatankua­sa penganjur dan pemenang pertanding­an tersebut.
TAHNIAH: Posa (lima kanan) bersama Abang Suhordie (empat kiri), Cheah, Zul (empat kanan), Lai (dua kiri), jawatankua­sa penganjur dan pemenang pertanding­an tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia