Utusan Borneo (Sarawak)

Bertunang dengan model Hailey Baldwin

-

PENYANYI pop Justin Bieber bertunang dengan model Hailey Baldwin pada hujung minggu, menurut laporan media AS pada hari Ahad.

Pasangan itu pernah bertemujan­ji pada tahun 2016 tetapi hubungan mereka tidak lama. CNN melaporkan, mereka muncul bersama-sama secara terbuka pada bulan lepas sehingga membawa kepada spekulasi daripada peminat yang hubungan cinta di antara mereka berdua kembali terjalin.

Pasangan itu bertunang pada hari Sabtu semasa satu lawatan ke Bahamas, lapor E! News.

Ejen-ejen Bieber, 24, dan Baldwin, 21, tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk mengulas.

Ibu bapa Bieber memuat naik beberapa status media sosial yang turut membantu mencetuska­n lagi spekulasi tentang pasangan itu.

Menurut CNN, satu tweet yang dimuat naik oleh bapa Baldwin, pelakon Stephen Baldwin, juga seolah-olah menyentuh tentang pertunanga­n, mengatakan: “Always pray 4 Gods will !! He is moving in the hearts of JB&HB.”

Namun begitu tweet itu tidak lagi berada dalam akaun Twitter Baldwin.

Status romantik penyanyi pop kelahiran Kanada, salah seorang artis muzikal paling laris di dunia, sering mencetus minat yang mendalam dalam kalangan peminatpem­inatnya.

Bieber sebelum ini pernah bercinta dengan penyanyi dan pelakon Selena Gomez selama bertahun-tahun namun hubungan mereka sekejap bagus sekejap tidak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia