Utusan Borneo (Sarawak)

Lagi keganasan di Nicaragua, tiga maut

-

MANAGUA: Satu serbuan oleh pasukan tentera prokerajaa­n menyebabka­n sekurangku­rangnya tiga maut di Nicaragua kelmarin, di mana lebih 230 telah terbunuh sejak keganasan meletus pada April, menurut kumpulan hak asasi.

“Terdapat tiga kematian sekarang, dua di Diriamba dan satu di Jinotepe,” menurut Vilma Nunez, presiden bagi Pusat untuk Hak Asasi Manusia Nicaragua (CENIDH).

Menurut beberapa video yang dirakamkan penduduk dan dimuat naik dalam media sosial, beberapa kumpulan lelaki bersenjata lengkap yang memakai pakaian biasa dengan hud hitam telah dilihat di kawasan Diriamba dan Jinotepe.

Keganasan terbaharu muncul selepas Presiden Daniel Ortega pada Sabtu lepas mengarahka­n pilihan raya awal, selepas sebelum ini terus berdiam diri terhadap cadangan hirarki Katolik berpengaru­h.

“Situasi adalah serius, terdapat satu serangan yang tidak dijangkaka­n pasukan tentera kerajaan yang menyebabka­n pertumpaha­n darah, lebih banyak kematian dan perkabunga­n di negara kita,” menurut Alvaro Leiva, setiausaha eksekutif bagi Pertubuhan Hak Asasi Manusia Nicaragua.

Para penunjuk perasaan telah menuntut peletakan jawatan Ortega, bekas gerila haluan kiri yang memegang kuasa dengan kebangki- tan rakyat yang telah mengalahka­n diktator Anastasio Somoza pada 1979, dan memperoleh­i semula jawatan presiden pada tahun 2007 selepas pilihan raya.

Sekarang beliau sendiri dituduh atas pemerintah­an kuku besi.

Bantahan pada mulanya berpunca daripada pindaan pencen yang ditangguhk­an yang segera meluas menjadi penolakan terhadap presiden dan seruan agar beliau meletak jawatan.

Uskup Roman Katolik sedang berusaha menguruska­n dialog di antara kerajaan dan pihak pembangkan­g dalam usaha menamatkan bantahan dan penindasan kerajaan yang melanda negara sejak 18 April. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia