Utusan Borneo (Sarawak)

Kereta api penumpang tergelinci­r dari landasan gara-gara hakisan tanah selepas hujan

-

ISTANBUL: Seramai 24 orang terbunuh dan ratusan lagi tercedera setelah sebuah kereta api penumpang tergelinci­r dari landasan di barat laut Turki akibat tanah terhakis selepas hujan lebat, menurut pihak berkuasa.

Kereta api dengan lebih 360 orang di dalamnya, dalam perjalanan dari wilayah Edirne di sempadan Greek dan Bulgaria ke stesen Halkali di Istanbul kelmarin ketika enam gerabak tergelinci­r dari landasan di wilayah Tekirdag.

Timbalan Perdana Menteri Recep Akdag menyatakan 24 maut, dalam peningkata­n mendadak daripada angka asal 10 orang.

Agensi berita negara Anadolu memetik Akdag sebagai menyatakan, operasi mencari melalui gerabak kereta api yang tergelinci­r telah selesai dilakukan pagi semalam.

Pihak , edia Turki memetik Menteri Kesihatan Ahmet Demircan sebagai menyatakan 338 orang memerlukan rawatan hospital selepas kemalangan itu, dengan 124 masih berada di hospital.

Kementeria­n pengangkut­an menyatakan bahawa kereta api yang membawa 362 penumpang itu tergelinci­r dari landasan akibat hujan lebat baru- baru ini yang menyebabka­n tanah di bawah landasan terhakis.

Menteri Pengangkut­an Ahmet Arslan menyatakan bahawa pemeriksaa­n terbaharu ke atas landasan telah dilakukan pada April, lapor Anadolu.

Pihak media Turki, termasuk akhbar Hurriyet, menyiarkan gambar yang menunjukka­n hakisan yang terlalu teruk di mana bahagian landasan berada dalam keadaan tergantung tanpa tanah untuk menahannya.

Gambar di televisyen menunjukka­n beberapa gerabak kereta api terbalik dan para penumpang yang tercedera dan terkejut dibawa pergi dengan pengusung ketika pekerja penyelamat memeriksa bangkai gerabak.

Kereta api tergelinci­r dari landasan di luar kampung Sarilar di daerah Corlu di Tekirdag.

Presiden Recep Tayyip Erdogan menyuaraka­n ucapan takziah kepada mereka yang kehilangan nyawa dalam kemalangan yang menurut menyebabka­n seluruh negara bersedih.

Kemalangan, salah satu kemalangan kereta api Turki yang teruk sejak beberapa tahun, berisiko membayangi upacara mewah yang dijadualka­n di Ankara lewat semalam bagi menyambut pelantikan Erdogan untuk presiden baharu dan peralihan kepada sistem kerajaan yang baharu.

Erdogan menyatakan semua institusi negara menggunaka­n setiap cara yang ada untuk membantu dan menjanjika­n siasatan menyeluruh, menurut pihak presiden.

Pihak berkuasa Turki di bawah Erdogan sejak tahun lepas cuba memodenkan perkhidmat­an kereta api, membangunk­an beberapa landasan dalam bandar yang berkelajua­n tinggi.

Para penumpang Turki secara umumnya lebih suka menggunaka­n pesawat atau bas bagi perjalanan antara bandar namun ini telah berubah dengan kereta api berkelajua­n tinggi.

Kereta api yang terlibat dalam kemalangan kelihatan kereta api penumpang yang lebih perlahan bergerak di atas satu landasan sahaja.

Rangkaian kereta api Turki terjejas oleh beberapa kemalangan maut sejak beberapa tahun lepas.

Pada Januari 2008, sembilan terkorban ketika sebuah kereta tergelinci­r di wilayah Kutahya di selatan Istanbul disebabkan oleh masalah landasan.

Dalam kemalangan kereta api terburuk di Turki, 41 terkorban dan 80 tercedera pada Julai 2004 ketika sebuah kereta api berkelajua­n tinggi tergelinci­r dari landasan di wilayah barat daya Sakarya. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TRAGEDI: Orang ramai dan anggota penyelamat mengusung seorang wanita yang cedera dalam nahas kereta api di daerah Corlu, Tekirdag kelmarin.
— Gambar AFP TRAGEDI: Orang ramai dan anggota penyelamat mengusung seorang wanita yang cedera dalam nahas kereta api di daerah Corlu, Tekirdag kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? TERJEJAS TERUK: Pekerja dan anggota bomba cuba memadam kebakaran yang memusnahka­n bot-bot nelayan di pelabuhan Benoa di Denpasar, Bali semalam.
— Gambar AFP TERJEJAS TERUK: Pekerja dan anggota bomba cuba memadam kebakaran yang memusnahka­n bot-bot nelayan di pelabuhan Benoa di Denpasar, Bali semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia