Utusan Borneo (Sarawak)

Singapura masih belum terima sebarang jawapan balas rasmi M’sia berhubung HSR

-

SINGAPURA: Singapura masih menunggu jawapan balas rasmi daripada Malaysia berhubung projek Kereta Api Berkelajua­n Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).

Republik berkenaan pada 1 Jun, meminta Kerajaan Malaysia, melalui saluran diplomatik, mengesahka­n kedudukan Malaysia berhubung projek berkenaan.

Memetik Menteri Pengangkut­an Singapura, Khaw Boon, di Parlimen hari ini, The Straits Times melaporkan bahawa: “sehingga kini, Singapura masih belum menerima jawapan balas daripada Kerajaan Malaysia.”

Khaw berkata, kenyataan awam yang dibuat oleh menteri Malaysia dan Per- dana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad – melalui pelbagai temu bual media berhubung penamatan projek berkenaan, ‘ tidak disusuli dengan sebarang komunikasi rasmi dengan kami.’

“Justeru, pada masa ini, kami tidak mempunyai pilihan, tetapi meneruskan apa yang sepatutnya menurut perjanjian dua hala berkenaan dan terus menanggung lebih banyak kos,” Khaw dipetik sebagai berkata.

Laporan itu menyebut, pada Jun, Singapura menanggung lebih daripada S$6 juta (S$1=RM2.95) dan menjangka menanggung tambahan S$6 juta pada Julai.

“Kos ini akan meningkat dengan tinggi selaras masa. Dari Ogos hingga penghujung Disember, kami perlu membelanja­kan sekurangku­rangnya S$ 40 juta atau lebih.

“Memandangk­an kos yang kami tanggung akan menambah kepada keseluruha­n jumlah pampasan, adalah menjadi tanggungja­wab Malaysia untuk memaklumka­n secara rasmi kedudukann­ya berkenaan projek HSR lebih awal, bagi meminimumk­an jumlah yang terbabit,” jelas Khaw lagi.

Menteri Pengangkut­an turut menyuaraka­n pertimbang­an itu kepada Menteri Hal Ehwal Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ‘sewaktu beliau menghubung­i saya pada 6 Jun’.

Khaw berkata, Singapura sudah membelanja­kan lebih daripada S$250 juta untuk projek berkenaan.

Terdahulu, laporan berkenaan menyatakan, Menteri Luar, Vivian Balakrishn­an, memberitah­u Parlimen bahawa sekiranya Malaysia menamatkan projek HSR, Singapura akan mengadakan rundingan berhubung persoalan pampasan terhadap kos yang ditanggung, menurut perjanjian yang dimeterai dengan Malaysia serta undang-undang antarabang­sa.

“Kerajaan Singapura bertanggun­gjawab dalam menjaga dana awam dengan mendapatka­n kembali kos berke-naan,” katanya. — Bernama JOHOR BAHRU: KSL Hotel and Resort menyasarka­n jualan sebanyak RM7 juta pada tahun ini melalui pembukaan cawangan baharu, KSL Hot Spring Resort @ Daya di sini yang mula beroperasi sepenuhnya kelmarin.

Pengarah Pemasaran dan Jualan KSL Hotel and Resort Johor Bahru, Siti Falisha Sheikh Zubir berkata KSL Hot Spring Resort @ Daya merupakan hotel pertama di negara ini yang menyediaka­n kelengkapa­n kemudahan kolam air panas.

Katanya air panas dibekalkan khas dari kolam air panas Jasin, Melaka yang dirawat semula untuk memastikan pengunjung dapat merasai sendiri khasiat mineral semula jadi.

“Kerja- kerja pembinaan hotel ini bermula pada 2016 dan siap sepenuhnya bulan lepas dengan tapak binaan seluas 2.4 hektar.

“Hotel setinggi 20 tingkat ini dilengkapi sebanyak 308 bilik iaitu kategori superior, deluxe, premier dan executive suite.

“Sasaran kita adalah warga Singapura selain pekerja syarikat swasta berhampira­n, penjawat awam dan pengusaha taman tema atau hotel lain yang mahu menggunaka­n hotel ini sebagai kawasan hentian mereka,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian KSL Hot Spring Resort @ Daya, kelmarin.

Siti Falisha berkata, hotel itu terletak di kawasan strategik iaitu 16 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Senai dan lapan km dari pusat bandar Johor Bahru serta taman tema dan pusat beli-belah yang lain.

“Kita ada menyediaka­n perkhidmat­an shuttle bus ke IKEA Tebrau, Aeon Jusco Tebrau dan Bandar Dato’ Onn selain KSL City Mall serta Taman Tema Air Dinosaur Alive.

“Oleh itu, ini (KSL Hot Spring Resort @ Daya) merupakan lokasi strategik untuk pengunjung yang datang bercuti bersama keluarga.

“Kita tidak mahu dilihat sebagai hotel kelas bisnes tetapi lebih kepada hotel untuk berehat dan rekreasi kerana walaupun berada di kawasan bandar, pengunjung boleh menikmati kemudahan seperti kolam air panas, gym, sauna dengan ruang minuman terbuka berhadapan kolam renang,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia