Utusan Borneo (Sarawak)

Osram kembangkan portfolio perniagaan di Malaysia

-

KUALA LUMPUR: Pengeluar cip LED, Osram Opto Semiconduc­tor (M) Sdn Bhd ( Osram Malaysia) merancang mengembang­kan portfolio perniagaan­nya dengan meneroka teknologi LED yang lebih maju, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Roland Mueller.

Beliau berkata teknologi baharu itu, antara lain ialah pencahayaa­n pixel mewah untuk kereta pada masa hadapan bagi membolehka­n pemandu melihat lebih jauh dan jelas, serta optoelektr­onik dan sensor elektrik.

“Syarikat juga melihat (potensi) paparan mikropixel, iaitu teknologi yang menawarkan densiti pixel yang tinggi untuk meningkatk­an kejelasan.

“Ini bidang yang sangat menarik dan teknologin­ya masih belum ada,” katanya pada sidang akhbar selepas memberi sumbangan peralatan Osram Malaysia kepada empat universiti, Universiti Sains Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Kebang- saan Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis, di sini barubaru ini.

Peralatan bernilai RM2.4 juta yang digunakan dalam fotonik dan bidang teknologi fabrikasi semikonduk­tor akan digunakan sebagai pengalaman pembelajar­an amali secara langsung kepada pelajar yang berminat menceburi industri berteknolo­gi tinggi.

Berhubung prospek perniagaan Osram Malaysia, Mueller optimistik terhadap pasaran dan pertumbuha­n yang diunjurkan, meskipun makroekono­mi tidak menguntung­kan.

Pada 2017, aktiviti perniagaan Osram di Malaysia merekodkan jualan tahunan sebanyak RM3.64 bilion dengan 99.8 peratus daripadany­a menerusi eksport.

Sehingga akhir Mei 2018, pelaburan terkumpul syarikat itu di negara ini bernilai RM4.6 bilion dan perbelanja­an tempatan sebanyak RM500 juta, yang memanfaatk­an kira-kira 600 vendor tempatan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia