Utusan Borneo (Sarawak)

Minggu Motosikal Antarabang­sa Johor dicadang di Bukit Layang-Layang

-

JOHOR BAHRU: Bukit Layang-Layang Pasir Gudang yang sinonim dengan penganjura­n Festival LayangLaya­ng Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG) boleh dimajukan lagi dengan penganjura­n sebuah lagi program bertaraf antarabang­sa iaitu Minggu Motosikal Antarabang­sa Johor (JIBK) sekali gus menaikkan nama negeri ini sebagai destinasi pelanconga­n dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Permas Datuk Che Zakaria Mohd Salleh berkata kertas cadangan mengenai program berkenaan sudah disiapkan dan diserahkan kepada exco kerajaan negeri yang terlibat untuk diteliti.

“Kita cadangkan program berkenaan diadakan pada hujung September ini atau awal Oktober di mana untuk permulaan ini, kita akan himpunkan penunggang­penunggang motosikal dari negara jiran terdekat seperti Thailand, Singapura dan Indonesia.

“Kita juga mahu program julung kali diadakan ini disenaraik­an di dalam kalendar aktiviti tahunan pelanconga­n Johor dan dikembangk­an lagi bagi menarik penyertaan lebih ramai daripada negara luar sekali gus menarik kehadiran lebih ramai pelancong ke dalam negara,” katanya kepada Bernama, di sini, semalam.

CheZakaria­berkatakos­penganjura­n program berkenaan masih dalam perbincang­an lanjut bersama Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan serta Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n negeri dan dijangka mampu menarik penyertaan hampir 3,000 penunggang dan anggota kelab permotoran di dalam dan luar negara.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Bermotosik­al Negeri Johor, Abd Rahim Ahmad berkata, antara pengisian program yang akan diadakan adalah pameran beribu jenis motosikal, aksi aktiviti lasak sukan permotoran selain jualan murah aksesori motosikal.

“Program JIBK ini kita cadangkan berlangsun­g dua hari bermula pada petang Jumaat hingga Sabtu dengan aktiviti himpunan bermotosik­al, jadi, orang ramai akan berpeluang menyaksika­n pelbagai jenis dan keunikan motosikal dari dalam dan luar negara, daripada yang biasa hinggalah ke motosikal berkuasa tinggi.

“Kita juga akan melibatkan para peniaga dan pembekal aksesori motosikal yang akan mengadakan jualan murah pelbagai jenis barangan seperti topi keledar, jaket keselamata­n, sarung tangan, tayar dan sebagainya. Hari penutup pula kita akan buat aktiviti menunggang motosikal beramai-ramai,” katanya.

Menurut Abd Rahim, sehingga semalam, di Johor sahaja terdapat hampir 400 kelab permotoran yang berdaftar dengan separuh daripadany­a aktif menjalanka­n pelbagai program.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Belia, Sukan dan Kebudayaan Johor Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pihaknya sudah menerima kertas cadangan berkenaan dan akan melihat beberapa program mempromosi­kan JIBK melalui aktiviti-aktiviti kebajikan dan pameran.

“Kita akan lihat beberapa kertas cadangan lain untuk meluaskan peranan kelabkelab permotoran ini dalam membantu kerajaan untuk pergi ke setiap daerah dan memberikan pertolonga­n kepada mereka yang memerlukan, seperti orang kelainan upaya dan kurang berkemampu­an.

“Ini juga merupakan satu peluang yang baik untuk memperkena­lkan kelab permotoran di mana selama ini masyarakat sentiasa berpendapa­t bahawa kelab-kelab ini hanya untuk golongan elit. Masyarakat boleh mengenali mereka dengan lebih lanjut dan insya-Allah kita akan adakan program ini sebelum akhir tahun ini,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DISEDIAKA: Teh melancarka­n Perkhidmat­an Bas Percuma Congestion Alleviatio­n Transport (CAT) - George Town 2 di Terminal Bas Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dekat George Town, semalam.
— Gambar Bernama DISEDIAKA: Teh melancarka­n Perkhidmat­an Bas Percuma Congestion Alleviatio­n Transport (CAT) - George Town 2 di Terminal Bas Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) dekat George Town, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia