Utusan Borneo (Sarawak)

Perkhidmat­an bas ini mampu mengurangk­an kesesakan lalu lintas

-

GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang semalam melancarka­n satu lagi laluan perkhidmat­an bas percuma ‘Congestion Alleviatio­n Transport’ (CAT) di kawasan George Town yang akan beroperasi dengan tiga buah bas.

Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Komtar merangkap Setiausaha Politik Ketua Menteri, Teh Lai Heng berkata laluan ini merupakan antara 12 laluan terpilih mampu mengurangk­an kesesakan lalu lintas.

Menurutnya, sebagai permulaan sebanyak tiga buah bas akan mula beroperasi dari 6 pagi hingga 11 malam, dalam laluan yang akan dike- nali sebagai CAT George Town 2.

“Berkonsepk­an pusingan bulatan yang bermula dan berakhir di Terminal Bas Komtar, CAT George Town 2 akan melalui Jalan Penang, Jalan Utama, Jalan Pangkor, Jalan Sultan Ahmad Shah, Jalan Larut, Jalan Anson, Jalan Perak, Jalan Macalister dan Jalan Dr Lim Chwee Leong,” katanya kepada pemberita selepas melancarka­n perkhidmat­an bas percuma itu di Terminal Bas Komtar di sini semalam.

Katanya, jumlah keseluruha­n jarak laluan adalah lapan kilometer dengan tempoh kekerapan bas adalah selang 20 minit bergantung kepada keadaan trafik semasa.

“Ketika ini tiga buah bas akan mula beroperasi dan kami bersedia menambah bilangan bas beroperasi sekiranya laluan George Town 2 mendapat pemintaan yang tinggi,” katanya.

Sebelum ini, kerajaa negeri telah melancar perkhidmat­an bas percuma di kawasan Air Itam dan Balik Pulau di bahagian pulau serta Bukit Mertajam dan Nibong Tebal di tanah besar manakala antara laluan yang bakal dilancarka­n adalah Batu Kawan, Pulau Tikus/Tanjung Tokong, Bertam, Bayan Baru, Alma, Sungai Dua (Universiti Sains Malaysia) dan Seberang Jaya.

Teh berharap laluan George Town 2 ini dapat membantu dalam mengurangk­an penggunaan kenderaan persendiri­an dan melancarka­n lalu lintas terutamany­a di kawasan sekitar Komtar dan sekitar bandar raya George Town.

“Saya berharap orang ramai akan menggunaka­n perkhidmat­an bas percuma ini khususnya kepada mereka yang bertugas di sekitar George Town agar kesesakan lalu lintas di kawasan ini dapat dikurangka­n,” katanya.

Beliau juga berharap sistem perkhidmat­an bas percuma CAT ini akan menggalakk­an lebih ramai orang menggunaka­n pengangkut­an awam di negeri ini. — Bernama KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) menjangkak­an kutipan zakat menerusi Pusat Pungutan Zakat PPZMAIWP pada tahun ini akan meningkat kepada RM650 juta berbanding RM640 juta pada tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Abdul Aziz Jusoh yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi pelbagai program yang diadakan MAIWP bagi meningkatk­an kesedaran umat Islam akan kewajipan berzakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas bertemu dengan Majlis Penasihat Kerajaan di Menara Ilham, di sini semalam.

Mengulas pertemuan itu, beliau berkata antara lain mereka membincang­kan tentang kaedah-kaedah terbaik untuk umat Islam khususnya di ibu kota menunaikan ibadah zakat.

Antara yang hadir pada pertemuan semalam ialah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP Ahmad Shukri Yusoff, Pegawai Penyelaras Majlis Agama Islam Selangor Abdul Basith Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Mohd Nazim Mohd Noor. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? UNTUK ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (berdiri, tujuh kanan) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (berdiri, enam kanan) bergambar kenangan bersama pemenang kategori sekolah menengah pada Festival Nasyid Sekolah-Sekolah...
— Gambar Bernama UNTUK ALBUM: Tuanku Syed Faizuddin (berdiri, tujuh kanan) dan Raja Puan Muda Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil (berdiri, enam kanan) bergambar kenangan bersama pemenang kategori sekolah menengah pada Festival Nasyid Sekolah-Sekolah...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia