Utusan Borneo (Sarawak)

20 pelajar Thailand ikuti kem bahasa Inggeris di UniMAP

-

ARAU: Dua puluh pelajar dari Universiti Nakhon Pathom Rajabhat (NPRU), Thailand, sedang mengikuti kursus bahasa Inggeris di Pusat Bahasa Antarabang­sa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di sini.

Guru Bahasa Pusat Antarabang­sa UniMAP, Noor Farahhein Johari berkata kesemua pelajar itu mengikuti kursus selama tiga minggu bermula 28 Jun hingga 18 Julai ini.

Katanya, sepanjang kursus, mereka diberikan pendedahan mengenai penggunaan bahasa Inggeris yang betul bagi membolehka­n mereka menguasai bahasa itu dengan lebih baik dan yakin.

“Mereka digalakkan menggunaka­n bahasa Inggeris sepanjang berada di sini dan kemajuan dicapai oleh mereka setakat ini sangat membanggak­an,” katanya kepada Bernama di sini, semalam.

Beliau berkata, mereka juga didedahkan dengan pengetahua­n mengenai adat dan budaya, sejarah dan nilai-nilai murni di negara ini, selain turut diajar bahasa Melayu.

Sementara itu seorang pelajar wanita dari NPRU, Kanokwan Chaiha, 20, berkata beliau sangat teruja kerana terpilih mengikuti kursus itu dan memberitah­u tenaga pengajar sangat membantu dalam memastikan­nya mampu memahami asas bahasa Inggeris.

Seorang lagi pelajar lelaki Apiradee Ritiwong, 20, berkata beliau menggunaka­n peluang sebaik mungkin untuk mempelajar­i bahasa Inggeris supaya dapat menggunaka­nnya apabila berkomunik­asi dengan orang luar. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia