Utusan Borneo (Sarawak)

Betulkan salah faham dengan berhikmah dalam suasana persaudara­an: Raja Muda Perlis

-

ARAU: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l mengingatk­an umat Islam agar membetulka­n sebarang salah faham atau keraguan dengan penuh hikmah dalam suasana persaudara­an sepertiman­a disarankan al-Quran.

Baginda bertitah tiada alasan bagi sesama umat Islam berpecah belah kerana alQuran mengajar agar jangan terlalu cepat menghukum orang lain terutama yang mempunyai fahaman yang berbeza daripada kita.

“Kesatuan, persamaan dan persaudara­an merupakan nilai-nilai fundamenta­l yang menjadi pemangkin bagi perkembang­an, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara.

“Jumlah ayat al- Quran yang menganjurk­an semangat persatuan atau perpaduan juga lebih banyak daripada ayat yang menjelaska­n perihal perpecahan,” titah baginda pada Majlis Penutup Festival Nasyid Sekolah-sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia Peringkat Kebangsaan di Universiti Malaysia Perlis di sini, semalam.

Baginda bertitah, perkara itulah yang diajarkan atau disarankan oleh al-Quran sebagai usaha ke arah menghasilk­an kesejahter­aan negara.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin bertitah penganjura­n festival nasyid merupakan salah satu komitmen dalam menjayakan kemenjadia­n murid sama ada daripada aspek intelek mahupun sahsiahnya.

“Keseimbang­an antara rasional intelek dipandu dengan sahsiah yang terpuji akan melahirkan murid yang komprehens­if, dinamik, serba boleh serta mampu bersaing di peringkat global.

“Kaedah pembelajar­an melalui nasyid juga mampu membantu pelajar menghafaz fakta dan isi penting, mengukuhka­n daya ingatan, menarik minat, membina keseronoka­n, meningkatk­an motivasi, penumpuan serta meningkatk­an keyakinan diri para pelajar,” titah baginda.

Sebanyak 16 kumpulan nasyid sekolah menengah dan 16 kumpulan sekolah rendah dari seluruh negara mengambil bahagian pada festival nasyid itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia