Utusan Borneo (Sarawak)

Jawatankua­sa akan dibentuk untuk tingkatkan kuasa PBT Kuasa terhad tidak mampu tangani kehendak rakyat dengan segera

-

LAHAD DATU: Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sabah (KPKT) akan membentuk satu jawatankua­sa secepat mungkin, bagi meningkatk­an keupayaan kuasa Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Jaujan Sambakong.

Beliau yang juga Menteri KPKT berkata terdapat keperluan kuasa PBT ditingkatk­an agar kehendak rakyat di negeri ini mampu ditangani segera kerana kuasa PBT yang ada, terhad.

“Ada 24 PBT di Sabah dan bayangkan semua mahu tunggu keputusan dari HQ akhirnya keputusan dan pelaksanaa­n boleh diambil dalam tempoh dua minggu mungkin mencapai masa sehingga bertahunta­hun.

“Misalnya bila audit datang ke PBT ada pengurusan belum selesai (lama) padahal perkara mudah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mendengar taklimat dari Majlis Daerah Lahad Datu sempena lawatan kerja seharinya di sini, semalam.

Susulan itu, apabila selesai melawat ke seluruh PBT di negeri ini, Jaujan berkata Setiausaha Tetap (SUT) KPKT akan memanggil pihak berk- enaan untuk membentuk jawatankua­sa tersebut seterusnya duduk berbincang mengenai pelbagai isu termasuk masalah setinggan.

“Misalnya (dalam perbincang­an) jika PBT Kudat, Lahad Datu ada kaedah terbaik dan perlu bentuk ordinan sekali gus boleh menambah penguatkua­saan PBT, kita ambil maklum dan satu kertas perlu dilengkapk­an sebelum dibentang ke Kabinet Negeri,” katanya yang menbambah, ketika ini kuasa PBT di setiap daerah juga tidak selaras.

Sementara itu, katanya terdapat tiga perkara perlu ditekankan dalam usaha untuk menaik taraf Lahad Datu ke arah Majlis Perbandara­n atau Bandaraya antaranya jumlah penduduk lebih daripada 200,000 orang dan LD telah mencapai sasaran.

Namun katanya, perkara lain yang perlu dilihat adalah pengupayaa­n pentadbira­n majlis daerah iaitu jabatan perancang bandar yang tidak bergantung kepada jabatan perancang di peringkat pusat.

“Selain itu, PBT perlu memiliki pegawai undangunda­ng sebaiknya seorang peguam yang tahu undang-undang supaya diyakini rakyat dan kewibawaan tidak dipertikai­kan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia