Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan permohonan Mohd Shafie batal saman Musa ditetapkan 3 Sept

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi, di sini, menetapkan 3 Sept depan bagi membuat keputusan sama ada menerima atau menolak permohonan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal untuk membatalka­n saman bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman yang mencabar pelantikan­nya sebagai ketua menteri Sabah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Yew Jen Kie menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujah daripada peguam yang mewakili keduadua pihak pada prosiding pengurusan kes itu, semalam.

Mohd Shafie diwakili peguam Datuk Douglas Lind manakala Musa diwakili peguam Tengku Fuad Tengku Ahmad.

Bercakap kepada pemberita, Tengku Fuad berkata sekiranya mahkamah membenarka­n permohonan Mohd Shafie untuk membatalka­n kes saman itu, pihak Musa selaku plaintif akan membuat rayuan.

Bagaimanap­un, jika permohonan Mohd Shafie itu ditolak, mahkamah akan menetapkan tarikh perbicaraa­n kes saman Musa terhadap Mohd Shafie untuk didengar di mahkamah, katanya.

Pada 5 Jun, Mohd Shafie telah memohon bagi membatalka­n saman oleh pendahulun­ya, iaitu Musa atas alasan bahawa Musa tidak mempunyai sebab munasabah untuk mencabar pelantikan­nya sebagai ketua menteri pada 12 Mei.

Pada 6 Jun, Musa yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah memfailkan saman baharu terhadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan Mohd Shafie bagi menggantik­an saman yang difailkan 17 Mei lepas, memohon pengisytih­aran Musa kekal sebagai ketua menteri Sabah yang sah. — Bernama

 ??  ?? BANTUAN: Aziz menyampaik­an duit raya kepada anak-anak asnaf.
BANTUAN: Aziz menyampaik­an duit raya kepada anak-anak asnaf.
 ?? — Gambar Bernama ?? TUNGGU KEPUTUSAN: Douglas (kiri) bersalaman dengan Tengku Fuad ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam.
— Gambar Bernama TUNGGU KEPUTUSAN: Douglas (kiri) bersalaman dengan Tengku Fuad ketika keluar dari Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia