Utusan Borneo (Sarawak)

Kira-kira 50 rumah atas air musnah terbakar

-

LAHAD DATU: Kira-kira 50 rumah yang dibina di atas air musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Sharip Hujung dekat sini, awal pagi semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Darren John berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 1.06 pagi dan tiga jentera dengan 16 anggota serta pegawai bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi pemadaman bermula jam 1.16 pagi dan api dapat dikawal sejam kemudian menggunaka­n sumber air sungai berdekatan dan sehingga ini kerja pemadaman masih dilaksanak­an dengan bantuan Pasu- kan Bomba Sukarelawa­n Zon Silam,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini, semalam.

Sementara itu, seorang mangsa kebakaran Alawaddin Unding, 64, berkata ketika kejadian dia sedang tidur sebelum dikejutkan oleh anaknya berlaku kebakaran.

“Saya sempat meminta anakanak membawa keluar barang atau dokumen penting dari rumah dan mujur dokumen pengenalan diri dapat diselamatk­an,” katanya.

Bagi Hamlia Amir, 61, bunyi bising di luar rumah mengejutka­nnya dari tidur sebelum memeriksa keadaan yang berlaku.

“Saya dengar mereka cakap asap-asap berulang kali dan saya periksa rumah jiran dibelakang rumah terbakar.

Tiada barang yang sempat diselamatk­an, saya berlari keluar sehelai sepinggang serta dokumen penting sahaja,” katanya.

Sementara itu, Munika Tahir, 70, berkata ketukan pintu rumahnya yang bertalu-talu disangkaka­n terdapat pemeriksaa­n pihak keselamata­n tetapi perkara sebaliknya berlaku.

“Syukur ada yang mengetuk pintu kerana apabila saya keluar, saya melihat asap dan api,” katanya hanya sempat menyelamat­kan peti televisyen yang baharu dibeli. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia