Utusan Borneo (Sarawak)

Latih anak-anak agar mematuhi undang-undang

-

SANDAKAN: Ibu bapa memainkan peranan penting dalam melahirkan generasi muda yang dapat menjamin kemajuan, kemakmuran dan keamanan negara secara berterusan.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Elopura Calvin Chong berkata, ibu bapa juga mesti melatih anak-anak agar mematuhi undang-undang, mengamalka­n gaya hidup sihat serta mengelakka­n pandangan dan fahaman yang sempit dan ekstrem.

“Perlu diingat setiap apa yang ibu bapa ajar dan tutur, sama ada di sekolah, rumah ataupun di mana-mana sahaja, akan mempengaru­hi pemikiran anak-anak. Ibu bapa adalah ‘role model’ kepada anak-anak. Sekiranya anak- anak yang sering ditengking dan dimaki hamun, nanti dia juga akan menjadi orang yang sama dan melakukan perbuatan yang sama kepada orang lain.

“Sekiranya dari kecil lagi anak-anak diajar membenci kerajaan dan para pemimpin, saya khuatir kebencian ini akan menjadi budaya apabila mereka besar nanti. Apakah yang akan terjadi kepada negara kita sekiranya budaya ini menular dalam kalangan orang muda?

“Perkara ini ingin saya tekankan kerana akhir-akhir ini ada segelintir ibu bapa yang cuba menyebarka­n dakyah serta rasa benci terhadap kerajaan dan pemimpin dalam kalangan anak-anak,” katanya ketika berucap merasmikan Ceramah Kemahiran Keibubapaa­n Sekolah Kebangsaan (SK) Muhibbah di astaka sekolah itu pada Ahad.

Ceramah itu merupakan anjuran Yayasan Sabah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)SK Muhibbah Sandakan.

Mengulas lanjut, Calvin berkata meskipun telah mencapai banyak kemajuan, namun negara masih berada di tahap negara membangun.

Jelasnya, adalah menjadi hasrat kerajaan untuk menjadi sebuah negara maju bukan sahaja dari segi ekonomi, pendapatan yang tinggi serta penggunaan sains dan teknologi secara meluas tetapi juga maju dari segi pembanguna­n sosial amalan hidup yang bermoral tinggi dan saling menghormat­i agama dan kebudayaan setiap kaum yang ada.

 ??  ?? LATIH ANAK: Calvin bersama warga SK Muhibbah selepas merasmikan Ceramah Kemahiran Keibubapaa­n.
LATIH ANAK: Calvin bersama warga SK Muhibbah selepas merasmikan Ceramah Kemahiran Keibubapaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia