Utusan Borneo (Sarawak)

Guru di Sabah perlu jadi pemacu tranformas­i pendidikan

-

KENINGAU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, sudah tiba masanya guru-guru di negeri ini melipatgan­dakan usaha mereka untuk menjadi pemacu kepada transforma­si pendidikan di Sabah dan amnya di negara ini.

Katanya, anjakan itu amat penting memandangk­an Malaysia kini sedang menuju era negara maju di mana ekonomi perlu dipacu melalui transforma­si pendidikan.

“Saya mahu tema ‘Guru Pemacu Transforma­si Pendidikan’ diterjemah­kan oleh seluruh warga guru bagi merealisas­ikan hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, kreatif dan inovatif.

“Guru-guru perlu menyedari perubahan ini ke arah menjadikan negara ini maju dan berpendapa­tan tinggi pada masa hadapan,” katanya sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Keningau 2018 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin Keningau, semalam.

Teks ucapan Mohd Shafie disampaika­n oleh Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah Jenifer Lasimbang di dewan Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Yuk Yin Keningau.Turut hadir Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Rasinin Koutis dan Pegawai Pendidikan Daerah Keningau Masly Wahip.

Mohd Shafie berkata kerajaan negeri dan kerajaan persekutua­n khususnya melalui Kementeria­n Pelajaran Malaysia sentiasa komited untuk merancang dan melaksanak­an agenda pendidikan secara holistik.

Mohd Shafie juga berkata, warga guru di negara ini merupakan insan yang sangat bertuah kerana berada dalam lapangan kerjaya cukup mulia dan sentiasa signifikan sepanjang zaman.

Justeru katanya, sambutan hari guru pada setiap tahun wajar dirayakan sebagai tanda penghargaa­n terhadap jasa serta sumbangan para guru yang tidak ternilai harganya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia