Utusan Borneo (Sarawak)

GLORIA WILLI RANGKUL GELARAN DAYUNG GAWEA TEMATU 2018

- Oleh Agnes Tugong

GADIS cantik dari Kampung Sungai Duuh di Siburan, Gloria Willi merangkul gelaran Dayung Gawea Tematu 2018.

Gloria, 19, menewaskan 14 peserta lain pada pertanding­an akhir yang berlangsun­g di Dewan Serbaguna Kampung Tematu pada malam 30 Jun yang lepas.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Jemima Fae James, 21, dari Kampung Stass, Bau manakala tempat ketiga dimenangi Wilna Willy, 18, dari Kampung Tematu.

Selain gelaran Dayung Gawea, pertanding­an ini turut mempertaru­hkan lima gelaran sampingan iaitu Ratu Kulit Cantik oleh Mary Kay, Ratu Fotogenik, Ratu Bakat, Ratu Personalit­i dan Ratu Popular serta Kostum Terbaik.

Gelaran Ratu Kulit Cantik oleh Mary Kay dimenangi Audrey James, 25, dari Kampung Mayang Kawan, Serian manakala gelaran Ratu Fotogenik dimenangi Priscillya Stevenson Satu, 19, dari Kampung Stenggang, Bau yang turut memenangi gelaran Ratu Bakat.

Ratu Personalit­i dimenangi Jelianicca Lorettanis­ha Rumih, 21, dari Kampung Plaman Payang, Padawan, Ratu Populariti dimenangi Rorlles Sollow, 19, dari Kampung Bangau, Penrissen manakala Kostum Terbaik dimenangi Jemima Fae James.

Dalam pada itu pengerusi penganjur John Pata berkata, pertanding­an ini merupakan acara utama sempena Karnival Gawai Tematu yang berlangsun­g pada 29 dan 30 Jun lepas.

Pertanding­an akhir yang disertakan jamuan makan malam itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Lo Khere Chiang merangkap Pengerusi Majlis Perbandara­n Padawan (MPP).

 ??  ??
 ??  ?? BAKAT DINILAI: Para peserta Dayung Gawea Tematu 2018 mempersemb­ahkan tarian.
BAKAT DINILAI: Para peserta Dayung Gawea Tematu 2018 mempersemb­ahkan tarian.
 ??  ?? ACARA UTAMA: Lo (tiga kiri) merakamkan gambar bersama pemenang pertanding­an Dayung Gawea Tematu. Turut kelihatan Dato Peter Minos (empat kanan) dan John (tiga kanan).
ACARA UTAMA: Lo (tiga kiri) merakamkan gambar bersama pemenang pertanding­an Dayung Gawea Tematu. Turut kelihatan Dato Peter Minos (empat kanan) dan John (tiga kanan).
 ??  ?? RATU: Gloria (tengah) diapit Jemima (kiri) dan Wilna.
RATU: Gloria (tengah) diapit Jemima (kiri) dan Wilna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia