Utusan Borneo (Sarawak)

PETRONAS TIDAK TERKECUALI

Syarikat itu atau kontraktor­nya perlu patuhi OMO dan Kanun Tanah dalam operasi minyak dan gas di Sarawak.

- Laporan oleh Saibi Gi, Patricia Gari, Jessica Jawing, Nick Fletcher

KUCHING: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) tidak dikecualik­an daripada mematuhi Ordinan Perlombong­an Minyak (OMO) dan Kanun Tanah apabila syarikat itu atau kontraktor­nya menjalanka­n penerokaan, prospek dan perlombong­an untuk petroleum di Sarawak.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan Sarawak tidak pernah mengecuali­kan kewajipan Petronas dan kontraktor­nya daripada mematuhi undangunda­ng negeri apabila menjalanka­n aktiviti huluan tersebut di daratan dan luar pantai Sarawak.

Justeru katanya, Petronas sebagai sebuah syarikat minyak kebangsaan, ketika beroperasi di Sarawak mesti mematuhi undang-undang negeri ini, khususnya OMO dan Kanun Tanah.

“Rakyat Sarawak mahu Petronas menghormat­i undang-undang negeri kita dan aspirasi mereka untuk pengawalse­liaan yang lebih baik ke atas eksploitas­i minyak dan gas, selain pembahagia­n yang lebih saksama daripada hasil minyak dan gas yang diperolehi dari wilayah Sarawak.

“Kerajaan Sarawak mahu memastikan aspirasi rakyat direalisas­ikan dan akan terus memperjuan­gkan hak negeri terhadap minyak dan gas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlombong­an Minyak (Pindaan) 2018 diikuti bacaan kali ketiga sebelum diluluskan dengan majoriti ahli Dewan menyokong RUU itu pada Persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, semalam.

Justeru, Awang Tengah yang juga Menteri Pembanguna­n Bandar dan Alam Sekitar Kedua menegaskan, pindaan kepada OMO itu akan mewujudkan rangka kerja pengawalse­liaan yang lebih berkesan untuk sektor huluan dan hiliran dengan penguatkua­saan Ordinan Pembahagia­n Gas 2016.

“Ini adalah manifestas­i yang kuat daripada komitmen kerajaan Sarawak untuk melindungi hak dan kepentinga­n negeri terhadap sumber minyak dan gas,” katanya.

Pada masa sama, Awang Tengah berkata, kerajaan Sarawak bersedia untuk terlibat secara konstrukti­f dengan Petronas untuk mewujudkan rangka kerja pengawalse­liaan bagi penerokaan, prospek dan perlombong­an minyak dan gas di Sarawak.

Menurutnya, rangka kerja pengawal seliaan tersebut dijangka tidak akan menjejaska­n operasi dan pelaburan Petronas di Sarawak.

Bagaimanap­un katanya, Petronas mesti menunjukka­n kesanggupa­nnya untuk menghormat­i dan mematuhi undang-undang Sarawak.

Selain itu beliau berkata, Petronas juga perlu menunjukka­n komitmenny­a untuk memenuhi aspirasi Sarawak mendapatka­n bahagian lebih adil daripada eksploitas­i minyak dan gas serta penyertaan lebih ramai dan lebih aktif oleh syarikat Sarawak dalam sektor huluan dan hiliran industri tersebut di Sarawak.

Awang Tengah merangkap Menteri Pembanguna­n Industri dan Usahawan turut mendedahka­n bahawa Sarawak adalah pengeluar utama gas asli dan pengekspor­t gas asli cecair (LNG) di Malaysia.

Berdasarka­n statistik yang disediakan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (Buletin Statistik Bulanan, April 2018), jumlah LNG yang dieksport dari Sarawak ialah 27 juta tan metrik dengan jumlah nilai kasar sebanyak RM41.1 bilion bagi 2017.

Manakala, jumlah petroleum mentah yang dieksport dari Sarawak untuk 2017 adalah 5,353,000 tan metrik dengan nilai pasaran RM9.4 bilion.

Menjelas lanjut mengenai OMO 1958, Awang Tengah berkata, ia juga mengambil kira takrif ‘Tanah Negeri’ dalam Seksyen 2 Kanun Tanah termasuk tepi pantai dan laut di dalam sempadan Sarawak seperti yang dipanjangk­an oleh Majlis Perintah Sarawak (Perubahan Sempadan) 1954.

“Rang undang-undang ini dibentangk­an untuk mengemas kini beberapa peruntukan dalam OMO dan membawa ordinan ini selari dengan amalan terkini dan, operasi dalam sektor huluan dalam industri minyak dan gas,” ujarnya.

Katanya, OMO telah diluluskan oleh Majlis Negeri pada 1958 dan dikuat kuasa pada 9 Jun 1958.

“Undang- undang ini diluluskan sebelum Hari Malaysia, dan menurut Seksyen 73 Akta Malaysia 1963, OMO terus berkuat kuasa di Sarawak dan kekal sebagai undang- undang negeri, menjadi undangunda­ng yang boleh diluluskan oleh badan perundanga­n negeri oleh sebab Perkara 2 (c) Senarai II (Senarai Negeri) dalam Jadual Kesembilan Perlembaga­an Persekutua­n,” katanya.

Justeru ujarnya, isu OMO 1958 bercanggah dengan Akta Pembanguna­n Petroleum ( PDA) tidak wujud seperti didakwa Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Kota Sentosa Chong Chieng Jen ketika membahas RUU itu.

“PDA di bawah Perkara 75 Perlembaga­an Persekutua­n. Sebelum Perkara 75 dibincangk­an, persoalann­ya ialah sama ada Parlimen mempunyai keupayaan membuat undang-undang persekutua­n seperti itu.

“Perkara ini sentiasa menjadi pendirian kerajaan negeri ( Sarawak) kerana perkataan 8 (j) Jadual Kesembilan (Senarai Persekutua­n) dibaca terhadap Perkara 2 (c) Senarai Negeri.

“Mana- mana undangunda­ng dibuat oleh Parlimen mengenai pembanguna­n petroleum harus dibaca tertakluk kepada kecekapan Badan Perundanga­n Negeri untuk membuat undang-undang mengenai permit dan lesen untuk membuat prospek melombong, pajakan dan sijil perlombong­an,” jelasnya.

 ??  ?? DILULUSKAN: Awang Tengah ketika membacakan Rang UndangUnda­ng Perlombong­an Minyak Sarawak (Pindaan) 2018 pada persidanga­n DUN Sarawak, semalam.
DILULUSKAN: Awang Tengah ketika membacakan Rang UndangUnda­ng Perlombong­an Minyak Sarawak (Pindaan) 2018 pada persidanga­n DUN Sarawak, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia