Utusan Borneo (Sarawak)

Akauntan terperdaya lelaki baharu dikenali sebulan

-

SIBU: Seorang wanita yang bekerja sebagai akauntan berjaya diperdayak­an seorang lelaki yang baharu satu bulan dikenaliny­a melalui laman sosial.

Pengadu, 33, juga terjerat modus operandi lelaki maya tersebut yang berjanji untuk menghantar hadiah berbentuk jam tangan, beg tangan, telefon bimbit iPhone dan seutas gelang tangan yang sebenarnya tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Jonathan Ringgit berkata, pengadu yang ghairah menunggu kiriman hadiah tersebut telah menerima satu panggilan telefon dari seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai kakitangan Jabatan Kastam Kuala Lumpur yang menyatakan barang pengadu melebihi had berat dan pengadu diminta untuk membayar yuran tambahan RM4,500.

Katanya, pengadu yang tidak mengesyaki apa-apa terus melakukan transaksi bayaran ke sebuah akaun di atas nama seorang lelaki melalui mesin ATM sebuah bank kelmarin.

“Selepas membuat pembayaran itu, pengadu sekali lagi diminta membuat pembayaran tambahan bagi tu- juan cukai ke atas semua barangan tersebut sebanyak RM18,500 namun mangsa enggan membuat pembayaran itu,” katanya.

Katanya, pengadu bertindak membuat laporan polis setelah panggilann­ya disekat lelaki terbabit.

“Kes itu disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” tambah Stanley.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia